Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ULASAN

13 Novela 2018

Imej
KERANA kita sudah pun jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerpen, apa yang dikatakan sebuah novel; bagaimana pula dengan novela? Adakah urat cerpen yang diregang sehabis-habisnya sehingga sering sahaja berdenyut seperti sebuah novel? Daripada seleksi beragam ini - daripada yang paling pulp sehingga yang paling serius, paling falsafi; yang paling Latin Amerikana sehingga yang paling Nusantara, paling Malaysiana; yang paling konvensional sehingga yang paling eksperimental; dulu-dulu sehingga kontemporari - antara yang terkesan, yang di(ulang)baca pada tahun ini: The Stranger , oleh Albert Camus Untuk tahun kedua aku mengulang bacanya: " Ibuku mati hari ini. " Siapa yang tidak terpikat untuk meneruskan pembacaan? Meursault terasing di tanah Algier (dia orang Perancis); terasing dengan emosi (dia tidak menangis atau berasa sedih pada hari kematian dan pengebumian ibunya); terasing dengan agama (dia tidak mempercayai tuhan); dan kerana terasing dengan norma o...

Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan

Imej
Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam  Satantango (1994). MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang  hidup  di kampung ini ialah kematian itu sendiri. Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tegap apabila berdenyut dengan kematian, kadangkala hadir dengan wajah malapetaka – tulisan-tulisan László Krasznahorkai tidak terkecuali di mana malapetaka sentiasa menunggu pembaca di balik halamannya. Cuma sebelum menemuinya dalam novel  Satantango , kita dipelawa untuk menari dahulu dengan syaitan-syaitan yang menghuni perkampungan estet ini. Barangkali membuka langkah pertama dengan Futaki: “ Suatu pagi di hujung Oktober tidak berapa lama sebelum rintik pertama hujan musim ...

Selamat Datang Ke George Town

Imej
Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. INI kali ketiga (atau keempat) saya merelakan darah saya dihisap oleh Kelawar Pulau Pinang . Dan itulah harga yang perlu dibayar setiap kali saya datang ke George Town (atau Tanjung) Ahmad Rashid Talu. Jika kunci kota Kuala Lumpur ada pada Abdullah Hussain melalui Kuala Lumpur Kita Punya (1967), saya berani katakan kunci kota George Town ada pada salah seorang novelis terawal yang telah membuka pintu prosa moden dalam susastera Melayu kita ini, kerana: 1. Membaca Perangkap Hitam ialah melihat perarakan cingge di simpang Carnarvon Street dengan Prangin Road. 2.  Membaca  Perangkap Hitam  ialah menaiki motokar Overland Rapid Two-Seater keliling Tanjung. 3. Membaca  Perangkap Hitam  ialah tawar-menawar semasa membeli buah di Chowrasta Market. 4.  Membaca  Perangkap Hitam  ialah mengintai pelacur-pelacur menunggu habuan di Penang Road. 5.  Membaca  Perangkap Hitam ...

Perempuan, Isteri dan... Salad

Imej
AKU habiskan novela The Vegetarian ini sambil makan salad Caesar.  Dan apa yang boleh aku katakan, ini hidangan pertama daripada Han Kang yang aku jamah. Rasanya cukup serba-serbi. Tentang Reaksi Di bahagian pertama novela ('The Vegetarian'), kita melihat reaksi mereka yang lain-lain terhadap Yeong-hye. Kita nampak perubahan Yeong-hye dari mata suaminya. Kita nampak perubahan perempuan biasa ini (seperti kata suaminya, Mr. Cheong pada ayat pertama di halaman pertama lagi, “I’d always thought of her as completely unremarkable in every way.” ) perlahan-lahan menjadi luar biasa. Segala-galanya bermula saat watak protagonis kita ini mahu menjadi vegetarian . Atau mungkin segala-galanya bermula dari mimpi. “I had a dream.” -hanya ini yang diberitahu Yeong-hye kepada suaminya saat dia membuang semua makanan berdaging (termasuk susu dan telur!) dari dalam peti sejuk. Mimpi-mimpi grotes mengalir di dalam tidur dengan darah. Berulang-ulang. Protagonis kita sudah ...

Jurnal: Entri 29/12/2015

Imej
"Mendengar muzik, anda tidak berenang bersama arus. Arus itu adalah diri anda." AKU baru sahaja selesai membaca sebuah novel slash jurnal. Wan Nor Azriq telah memberikan diari Encik H kepada kita melalui D.U.B.L.I.N. ; memberikan dompet yang sarat dengan segala resit, catatan, tiket parkir, etc. melalui Dompet Kulit Buaya ; dan kali ini memberikan pula jurnal seorang pemuda (Azriq?) dari Alor Setar. Jika Yeats telah membuat Shakespeare tersedak di dalam kuburnya dengan sajak 'Leda and the Swan', aku tidak tahulah apa yang orang tua berdahi luas itu akan rasa tentang Soneta Roda Basikal . Bentuk 14 baris soneta kini telah menjadi 14 tahun yang padat dan jauh. Menjauh menuju Proust. Tetapi tidaklah seletih berjalan di dalam D.U.B.L.I.N. Kerana Wan Nor Azriq telah memberikan basikal untuk kita kayuh menemui watak-wataknya di Kuala Lumpur, di Alor Setar, di dalam mimpi Poe Mahadi. Mimpi Poe Mahadi. Aku lebih tertarik dengan mimpi-mimpinya berbanding ca...

Sajak-Sajak Ridhwan Saidi

Imej
ENTAH kenapa aku merasakan tahun ini adalah tahun aku kembali rajin mendampingi puisi. Kali terakhir aku menyelaknya -dengan penuh teruja- kira-kira dua tahun (atau tiga tahun?) yang lalu: The Romantic Dogs oleh  Bolaño. Kemudian hubungan aku dengan puisi terus dingin sehinggalah aku berlaga bahu dengannya kembali semasa menyelak akhbar Selangor Kini, sehinggalah aku dengan tidak semena-mena rakus menggali buku-buku T. Alias Taib, sehinggalah Ridhwan Saidi tiba-tiba datang dengan beberapa zine puisi pada tahun ini. Hal ini buat aku lebih intrig. Sajak-sajak Ridhwan Saidi adalah sajak-sajak phun  penuh energi yang akan buat kau galak menyelaknya lagi dan lagi bila kau dah tak bernafsu dengan sajak-sajak lesu yang lain.  Berikut antara sajak-sajak Ridhwan Saidi yang paling aku suka (daripada zine sajak.zip , spektrum dan kosmik domestik ); teroris teroris datang lagi sita imaginasi dan cakera fikirmu buku-buku dibakar idea-idea dibasmi mimpi-m...

10 Filem

Imej
KERANA menonton filem adalah membaca visual. Dan aku mahu berkongsi 10 filem kegemaran peribadi yang akan aku ulang tonton lagi dan lagi. Imej-imej daripadanya yang sehingga kini masih melekat kuat dalam kepala (dan adakalanya bercampur dengan percikan idea, lalu secara senyap-senyap menyelinap ke celah-celah tulisan). Pulp Fiction (1994) Mereka yang mengenali aku akan tahu betapa aku gilakan filem-filem Tarantino. Kill Bill adalah filem pertamanya yang aku tonton, dan visualnya telah memaksa aku untuk menggali filem-filemnya yang lain, sampailah aku jumpa Pulp Fiction . Dalam Pulp Fiction , Tarantino telah menyimpul naratif-naratif klise menjadi antiklise. Kisah gangster, kisah rompakan di kedai makan, kisah peninju yang dibayar -semuanya berselirat di sekitar dialog-dialog humor, muzik yang bagus (oh ya, aku suka SEMUA filem Tarantino juga kerana soundtrack -nya) dan peristiwa-peristiwa random yang kau takkan jumpa dalam filem-filem lain. Rashomon (1950) Aku su...