Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Merenung ke Luar Bingkai Cereka

Imej
Esei "Marlina, Dalam Renungan Ke Luar Babak". MARLINA Si Pembunuh dalam Empat Babak sebetulnya bukanlah filem yang sempurna. Barangkali bukan juga antara filem terbaik yang saya tonton pada tahun ini. Tetapi saya menyukainya. Kerana jarang sekali dapat saya nikmati filem di pawagam belakangan ini di mana imej-imej bekerja memaknai mediumnya - sinema. Ya, ketidaksempurnaannya terpapar pada cacat cela naratif, e.g. watak Franz yang tiada faktor penolak yang membebankannya untuk menguruskan mayat Markus, dan adegan-adegan Marlina berpatah balik ke rumahnya semula.  Itu, kita boleh sapu ke bawah karpet buat masa ini kerana siapa yang kata filem mesti bercerita? Saya sendiri pun kurang gemar dengan tulisan-tulisan berkenaan filem yang disempitkan pada struktur naratif semata-mata. Kerana yang sedang mereka alami itu sinema, bukannya novel atau apa-apa. Adakah mereka terlepas pandang untuk melihat struktur sinematiknya? Atau dalam kegelapan dan kedinginan panggung i