Friday, 12 February 2016

Kebangkitan


Kebangkitan
Oleh Roberto BolaƱo

Puisi menggelincir ke dalam mimpi
seperti seorang penyelam di dalam tasik.
Puisi, lebih berani daripada yang lain,
tergelincir dan tenggelam
ibarat besi
melalui tasik tak berpenghujung seperti Loch Ness
atau tragis dan keruh seperti Tasik Balaton.
Ambil kiranya dari bawah:
seorang penyelam
tak bersalah
dilitup helai-helai
hasrat.
Puisi menggelincir ke dalam mimpi
seperti seorang penyelam yang sudah mati
di mata Tuhan.

Terjemahan Azrin Fauzi

CATATAN: Jika puisi telah menggelincir ke dalam mimpi, selamatkah kita jika tergelincir ke dalam puisi?