Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Suara Dari Dalam Tanah?

Imej
Cerpen "Ceritanah".
ANGGAP sahajalah cerpen ini ialah cara untuk saya lari dari kota. Ini ialah cerpen paling kampung yang mampu saya tulis. Tetapi benarkah - dengan cerpen ini - saya lari seketika meninggalkan kota? Kerana kota mahupun desa, saya sentiasa rasa yang sebenarnya saya hanya meninggalkan cahaya. Benarlah kata Wan Nor Azriq, cerpen saya mana yang tidak gelap? Di dalam gelap, entah-entah saya tidak berlari ke mana-mana.



Kemaskini: Cerpen "Ceritanah" baru sahaja memenangi hadiah utama kategori cerpen Hadiah Sastera Selangor 2017.

CATATAN: Setiap kali ditunjukkan cerpen-cerpen saya kepada nenek, dia akan bersenda, "Tulislah cerita orang-orang kampung pula."

Surat Cinta Buat Sinema

Imej
(dalam n perenggan per saat)




[1] "SINEMATA" barangkali cerpen kedua saya tentang filem. Cerpen pertama yang saya tulis berkait dengan filem sebenarnya ialah "Sonia" (yang termuat dalam manuskrip kumpulan cerpen kedua saya, dan dalam proses penerbitan). "Sonia" ialah kecintaan saya bukan sahaja kepada sinema, malah kepada penulisan itu sendiri. Sonia merupakan percik imaginasi daripada puisi "Sonia" oleh T. Alias Taib. Tetapi itu cerita lain.
[2] "Fotografi adalah kebenaran. Dan sinema adalah kebenaran 24 kali per saat," kata Michel Subor seraya galak menggambari Anna Karina dalam Le Petit Soldat (1960). Dan kita nampak potensi dan puitis suatu medium yang tidak sempat dinikmati oleh mereka-mereka yang hidup sebelum 1890-an; suatu cabang seni yang masih baru bernafas jika dibandingkan dengan seni-seni yang lain.
[3] Kebetulan saya baru sahaja selesai baca novel The Book of Illusions oleh Paul Auster dan Jukstaposisi oleh Hizairi Othman; ma…

Bartleby: Untuk Apa Kau Menulis?

Imej
BARTLEBY & CO. akan buat kita bertanya kembali: Apa itu novel? Ia datang dari tradisi, iaitu watak Bartleby dalam cerpen Herman Melville, "Bartleby, the Scrivener" yang tidak pernah lekang di bibirnya dengan ungkapan "I would prefer not to" untuk setiap kerja yang tidak boleh dan tidak mahu diselesaikannya. Dan dari tradisi ini, Enrique Vila-Matas terus berjalan sejauh mungkin meninggalkannya. Tetapi ke mana Vila-Matas berjalan? Kita tidak akan tahu dan tidak pernah tahu. Kerana kita masih samar-samar di bawah kelam bayang Bartleby.
Novel ini dibina daripada nota-nota kaki yang dicatat oleh si narator gagalis. Setelah berpuluh tahun tidak menulis, entah kenapa dia ingin menulis tentang penulis-penulis yang berhenti menulis - "Writers of the No". Dan terus terang, saya sendiri pun kagum dengan penulis-penulis yang diperkenalkan oleh si narator. Kagum dengan sebab-sebab (atau alasan?) mereka memilih untuk berhenti menulis. Paling saya kagum dengan Oscar …