Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Yang Sudah Mati

Imej
Yang Sudah Mati
Oleh Billy Collins

Yang sudah mati sering melihat ke bawah ke arah kita, kata merekalah. Sedang kita menyarung kasut atau membuat sandwic, mereka melihat ke bawah melalui kaca pada dasar perahu syurga sambil mereka dayung perlahan-lahan merentas keabadian.
Mereka melihat kepala kita di bawah yang bergerak-gerak di atas bumi, dan apabila kita berbaring di padang atau di kerusi panjang, dimamaikan mungkin dengan bunyian tengah hari yang berpanjangan, mereka fikir kita sedang melihat kembali ke arah mereka, membuatkan mereka angkat pendayung-pendayungnya dan terus membisu serta menunggu, ibarat ibu bapa, supaya kita memejamkan mata.
Terjemahan Azrin Fauzi
CATATAN: Memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur.

Kini dan Lampau

Imej
Kini dan Lampau Oleh Billy Collins
Penyair dinasti Tsong ini berduka lara bayu pun mengeluh seekor angsa pula melepasi kepala dan dia keseorangan di atas air di dalam perahu kecil.
Andai dia menghargai kehidupan China pada abad kesebelas seperti yang aku hargai tiada dentum kartun di tivi tiada muzik dari trak ais krim hanya panggilan beburung