Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Watak-Watak Diam

Imej
MICHELANGELO Antonioni seolah sengaja mengasingkan watak-wataknya dalam La Notte (1961). Mereka yang terasing, jika tidak dihimpit ke pinggir bingkai, akan 'ditekan' oleh binaan-binaan moden di sekitar kota Milan. Di mata Antonioni, seolah-olah binaan ini mendapat nyawa; menjadi entiti baru yang hidup dan menghuni kota Milan, menjadi watak-watak baru yang diam dalam filemnya.





CATATAN: La Notte adalah antara filem yang mengikat dua lagi filemnya, L'Avventura (1960) dan L'Eclisse (1962) dalam trilogi "asing". Ia bukan semata-mata mempelawa kita mengintai mereka-mereka yang terasing, malah cuba mencuit kepercayaan kita kepada apa yang dipanggil "cinta". Dalam trilogi "asing" ini, cinta seakan enggan mekar. Tetapi benarkah?