Saturday, 24 January 2015

Kelaparan

(Sumber)
Kelaparan
Oleh Billy Collins

Rubah yang dipikul di atas pundakmu
dalam karung gelap
telah membuat lubang dengan sebilah pisau
dan terus lesap.

Keringanan secara tiba-tiba itu buat kaufikir
yang kau semakin kuat bertenaga
sambil kaujalan pulang ke teratakmu yang kecil
melalui rimba yang melitup dunia.

Terjemahan Azrin Fauzi

CATATAN: Entah mengapa, hari ini aku berasa lapar hendak menterjemah sesuatu.