Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Jurnal: Entri 29/12/2015

Imej
AKU baru sahaja selesai membaca sebuah novel slash jurnal.
Wan Nor Azriq telah memberikan diari Encik H kepada kita melalui D.U.B.L.I.N.; memberikan dompet yang sarat dengan segala resit, catatan, tiket parkir, etc. melalui Dompet Kulit Buaya; dan kali ini memberikan pula jurnal seorang pemuda (Azriq?) dari Alor Setar.
Jika Yeats telah membuat Shakespeare tersedak di dalam kuburnya dengan sajak 'Leda and the Swan', aku tidak tahulah apa yang orang tua berdahi luas itu akan rasa tentang Soneta Roda Basikal. Bentuk 14 baris soneta kini telah menjadi 14 tahun yang padat dan jauh. Menjauh menuju Proust. Tetapi tidaklah seletih berjalan di dalam D.U.B.L.I.N. Kerana Wan Nor Azriq telah memberikan basikal untuk kita kayuh menemui watak-wataknya di Kuala Lumpur, di Alor Setar, di dalam mimpi Poe Mahadi.
Mimpi Poe Mahadi. Aku lebih tertarik dengan mimpi-mimpinya berbanding catatan-catatan jurnal itu sendiri. Dunia Poe Mahadi nampak luas tetapi disempitkan oleh situasi-situasi janggal (sud…

Sajak-Sajak Ridhwan Saidi

Imej
ENTAH kenapa aku merasakan tahun ini adalah tahun aku kembali rajin mendampingi puisi. Kali terakhir aku menyelaknya -dengan penuh teruja- kira-kira dua tahun (atau tiga tahun?) yang lalu: The Romantic Dogs oleh BolaƱo. Kemudian hubungan aku dengan puisi terus dingin sehinggalah aku berlaga bahu dengannya kembali semasa menyelak akhbar Selangor Kini, sehinggalah aku dengan tidak semena-mena rakus menggali buku-buku T. Alias Taib, sehinggalah Ridhwan Saidi tiba-tiba datang dengan beberapa zine puisi pada tahun ini.

Hal ini buat aku lebih intrig.

Sajak-sajak Ridhwan Saidi adalah sajak-sajak phun penuh energi yang akan buat kau galak menyelaknya lagi dan lagi bila kau dah tak bernafsu dengan sajak-sajak lesu yang lain. Berikut antara sajak-sajak Ridhwan Saidi yang paling aku suka (daripada zine sajak.zip, spektrum dan kosmik domestik);

teroris
teroris datang lagi sita imaginasi dan cakera fikirmu buku-buku dibakar idea-idea dibasmi mimpi-mimpi digeledah dan dicabul agen supremasi kala you nyenyak di…

10 Filem

Imej
KERANA menonton filem adalah membaca visual. Dan aku mahu berkongsi 10 filem kegemaran peribadi yang akan aku ulang tonton lagi dan lagi. Imej-imej daripadanya yang sehingga kini masih melekat kuat dalam kepala (dan adakalanya bercampur dengan percikan idea, lalu secara senyap-senyap menyelinap ke celah-celah tulisan).




Pulp Fiction (1994) Mereka yang mengenali aku akan tahu betapa aku gilakan filem-filem Tarantino. Kill Bill adalah filem pertamanya yang aku tonton, dan visualnya telah memaksa aku untuk menggali filem-filemnya yang lain, sampailah aku jumpa Pulp Fiction. Dalam Pulp Fiction, Tarantino telah menyimpul naratif-naratif klise menjadi antiklise. Kisah gangster, kisah rompakan di kedai makan, kisah peninju yang dibayar -semuanya berselirat di sekitar dialog-dialog humor, muzik yang bagus (oh ya, aku suka SEMUA filem Tarantino juga kerana soundtrack-nya) dan peristiwa-peristiwa random yang kau takkan jumpa dalam filem-filem lain.




Rashomon (1950) Aku suka dengan filem-filem Kurosaw…

URBAN

Imej
SYUKUR, kumpulan cerpen pertama saya, URBAN selamat dilancarkan tempoh hari di Kedai Fixi.






Ini ialah intro daripada saya yang dimuatkan dalam buku ini:
URBAN –kadang kala ia bikin nafas kita semakin kencang. Dan ada kalanya kita hanya ‘go with the flow’ dengan sekeliling yang mencengkam. Saya fikir, naskhah ini berdiri di antara kedua-duanya. Tetapi saya juga terfikir, selain berdiri, mungkin ia juga akan bebas berlari ke mana sahaja yang ia suka. Atau mungkin tidak.
Kesemua 16 cerpen dalam naskhah ini diinspirasi oleh 16 bandar di Malaysia yang mungkin telah/sedang/belum/akan dilawati oleh kita semua. Seperti warga urban yang pelbagai –atau ‘rojak’– cerita-cerita dalam kumpulan cerpen ini juga diadun sebegitu. Dan kepelbagaian ini diharap dapat memercikkan lagi (walaupun sedikit) semangat urban culture di luar sana. Atau paling dekat pun, ke dalam diri pembaca.
Setelah selesai menulis cerpen-cerpen dalam naskhah Urban ini, saya terfikir, benarkah wujud bandar-bandar dengan segala isinya …

Selongkar Shahnon: Semaun-Kasa vs. Senik

Imej
“SEMAUN terpaksa membantah. Chadangan Pa’ Senik chadangan orang yang inginkan kekayaan yang chepat melalui jalan churang. Sial tujoh turunan kalau di-terima. Semaun tetap tidak terima walau sa-kerat beras sa-kali pun. Dia ta’ sanggup menjijak adat turun temurun itu. Menjijak adat to’ nenek sama-lah erti-nya dengan menjijak kepala orang tua di-rumah. Menjijak kepala orang tua bererti menchemarkan kubor dan roh nenek moyang. Dan orang yang berani sanggup menchemarkan adat istiadat nenek moyang akan di-apit tulang rusok dan tulang dada-nya oleh liang lahad bila masok kubor. Semaun ta’ sanggup menanggong seksaan kubor. Dia juga ta’ sanggup membebankan segala akibat-nya ka-atas kepala isi rumah-nya. Dia tidak ingin tulang rusok dan tulang dada keluarga-nya di-apit2 oleh tanah merah. Dia ingin hidup tenteram. Dia ingin mati tenteram.”
“Ta’ beri tanah itu berehat barang sadikit pun. Habis tanam, tanam lagi. Habis tanam, tanam lagi. Mana boleh tahan. Kita manusia pun kalau terus menerus bergel…

Kini dan Lampau

Imej
Kini dan Lampau Oleh Billy Collins
Penyair dinasti Tsong ini berduka lara bayu pun mengeluh seekor angsa pula melepasi kepala dan dia keseorangan di atas air di dalam perahu kecil.
Andai dia menghargai kehidupan China pada abad kesebelas seperti yang aku hargai tiada dentum kartun di tivi tiada muzik dari trak ais krim hanya panggilan beburung

Kelaparan

Imej
Kelaparan Oleh Billy Collins
Rubah yang dipikul di atas pundakmu dalam karung gelap telah membuat lubang dengan sebilah pisau dan terus lesap.
Keringanan secara tiba-tiba itu buat kaufikir yang kau semakin kuat bertenaga sambil kaujalan pulang ke teratakmu yang kecil melalui rimba yang melitup dunia.
Terjemahan Azrin Fauzi
CATATAN: Entah mengapa, hari ini aku berasa lapar hendak menterjemah sesuatu.