URBAN
SYUKUR, kumpulan cerpen pertama saya, URBAN selamat dilancarkan tempoh hari di Kedai Fixi.
URBAN di Kedai Fixi. Kredit |
Ucapan pelancaran oleh penulis dan soal jawab bersama Amir Muhammad. Kredit |
Sesi otograp. Kredit |
Ini ialah intro daripada saya yang dimuatkan dalam buku ini:
URBAN –kadang kala ia bikin nafas kita semakin kencang. Dan
ada kalanya kita hanya ‘go with the flow’
dengan sekeliling yang mencengkam. Saya fikir, naskhah ini berdiri di antara
kedua-duanya. Tetapi saya juga terfikir, selain berdiri, mungkin ia juga akan bebas
berlari ke mana sahaja yang ia suka. Atau mungkin tidak.
Kesemua 16 cerpen dalam naskhah ini diinspirasi oleh 16
bandar di Malaysia yang mungkin telah/sedang/belum/akan dilawati oleh kita
semua. Seperti warga urban yang pelbagai –atau ‘rojak’– cerita-cerita dalam
kumpulan cerpen ini juga diadun sebegitu. Dan kepelbagaian ini diharap dapat
memercikkan lagi (walaupun sedikit) semangat urban culture di luar sana. Atau paling dekat pun, ke dalam diri
pembaca.
Setelah selesai menulis cerpen-cerpen dalam naskhah Urban ini, saya terfikir, benarkah wujud
bandar-bandar dengan segala isinya yang sebegini? Atau memang pun wujud, cuma ianya
belum habis diteroka? Atau ianya hanyalah sebuah wilayah dalam kepala?
Tarik picu dan selamat berkhayal!
Azrin Fauzi
April 2015
URBAN dicetak hanya 3000 naskhah bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (26 April-3 Mei) dan takkan diulang cetak. Ya, ini edisi terhad!
Walau bagaimanapun, nampaknya hadiah hari Natal datang awal kepada pembaca pada tahun ini. Kerana URBAN akan turut disediakan sebagai e-book percuma (ya, percuma!) -diulang, PERCUMA, PER-CU-MA, FREE!, GRATIS!- yang boleh anda muat turun di pelbagai tempat seperti Google Books, E-Sentral, Smashwords, Bachabooku dan Kaki Buku. Ia percuma kerana tiada yang lebih indah di dunia ini melainkan kita dapat berkongsi kebahagian bersama, kan? Jadi, bergembiralah!
Saya akan hadir untuk sesi otograp di PBAKL 2015 di PWTC (booth Lejen Fixi 4015-4021, Dewan Tun Razak 4) pada:
24 April (jam 4-7 petang)
2 Mei (jam 12 tengah hari-4 petang)
3 Mei (jam 2-6 petang)
Rujuk butir ini. Jadi, jumpa anda di sana, di sana, di saanaaa~
Saya akan hadir untuk sesi otograp di PBAKL 2015 di PWTC (booth Lejen Fixi 4015-4021, Dewan Tun Razak 4) pada:
24 April (jam 4-7 petang)
2 Mei (jam 12 tengah hari-4 petang)
3 Mei (jam 2-6 petang)
Rujuk butir ini. Jadi, jumpa anda di sana, di sana, di saanaaa~
Oh ya, jemput ‘like’ fenpej URBAN untuk ikuti perkembangan terkini dan jemput ‘want to read’ juga buku ini di Goodreads untuk sebarang ulasan, kritikan, diskusi, etsetera, etsetera.
Selamat membaca!
CATATAN: Saya harap saya dapat curi-lihat kamu membaca URBAN di dalam LRT suatu hari nanti.
Maaf.
BalasPadamDisebabkan gejolak dalam hati yang tak tertahan sabar menunggu hari untuk ke PWTC hujung bulan nanti, saya dah download edisi ebook-nya.
Harap nanti kalau ke sana murahlah rezeki saya untuk dapatkan seketul.
Kenapa perlu mulakan dengan 'maaf', Syaihan? Hahaha, selamat menyelak lorong-lorong Urban! :)
PadamAssalamualaikum saudara Azrin, saya Azhar dari MTDC (Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd dari Kuala Lumpur dengan berbesar hati ingin membuat perjumpaan dengan saudara Azrin jika dilapangkan masa oleh Allah.
BalasPadamUntuk pengetahuan saudara, MTDC setiap tahun mengadakan Book Club kepada semua pekerja setiap 3 bulan selama 4-5 tahun ini.
Pada tahun ini kumpulan kami telah sebulat suara telah memilih buku saudara bertajuk URBAN untuk dibentangkan.
Kami amat berbesar hati jika saudara dapat meluangkan masa selama 1-2 jam jika saudara berkelapangan kepada pihak kami untuk ditemubual untuk memahami dengan lebih lanjut tentang saudara dan juga buku ini.
Kumpulan kami akan membentangkan buku ini mengikut konsep tersendiri yang difikirkan sesuai dengan baik untuk memudahkan panel juri menilai cara penyampaian dan persembahan yang ada didalam buku URBAN saudara.
Buku URBAN akan dibentangkan oleh kumpulan kami pada 10 March 2020 bertempat di Rashid Theaterette, UPM-MTDC, Serdang Selangor.
Jika saudara berkelapangan dan sudi untuk ditemubual bersama kumpulan kami, saudara boleh menghubungi saya di email - azhar@mtdc.com.my atau di talian 012-6513321.
Azhar Johan
Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd