Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

'Malam' Di Tengah Malam: Jurnal Yang Tertangguh

Imej
BAGAIMANA ya, untuk saya mulakan jurnal ini? Tambahan lagi, jurnal ini merupakan sebuah tulisan yang tertangguh, sebenarnya. Adakah saya harus meminjam tubuh saya pada masa lampau? Atau hanya menyelongkar memori-memori berkaitan yang masih bersisa di ruang ingatan?
Baiklah. Apa kata kita mulakan dahulu dengan 'apa itu Malam?'.




Antologi cerpen Malam telah pun dilancarkan tepat jam 12:00 tengah malam pada 7 Disember 2014 yang lalu. Sambutan yang diterima pada malam itu teramatlah menggalakkan. Malam laku keras!


Sekitar Pelancaran Malam





Merungkai Murakami III: Tsukuru Tazaki dan Odisi Mencari Kebenaran

Imej
UNTUK beberapa kali, 'Le mal du pays’ (daripada suite pertama ‘Years of Pilgrimage’) dimainkan dari YouTube sepanjang pembacaan. Kononnya nak ambil feel, dan bak kata mat saleh, “Well, it works, baby!
“You can hide memories, but you can't erase the history that produced them.”
Bagi aku, novel ini dimulakan dengan bab-bab awal yang sedikit lesu dan meleret-leret (sepertinya Murakami masih lagi dalam mengah mencuri-curi nafas sesudah penat mengerjakan magnum opusnya, 1Q84). Bab-bab awal juga -dengan tidak berapa kemas- melompat-lompat di antara waktu Tsukuru Tazaki yang berusia 36 tahun dengan dirinya yang berusia 20 tahun. Tidak mengapa, teruskan bacaan. Sehinggalah kita sampai pada kisah ayah Haida. Pada bahagian ini, kita mulai sedar (atau separa sedar mahupun di bawah sedar) yang penulis Jepun ini mula mempamerkan taringnya kembali.

Lagu yang melatari novel ini, menghubungkan ingatan Tsukuru Tazaki dengan Shiro dan Haida.
Apabila ada yang bertanya, apa yang aku suka tentang nove…

Merungkai Murakami II: Dengarlah Nyanyian Angin

Imej
WELL-crafted.” Itu yang aku ungkap, sambil menggeleng-geleng kepala beberapa kali, setelah selesai menghabiskan novel ini. Murakami seakan ‘demigod’ dalam penulisan kontemporari Jepun. Kau akan dipaksa untuk menolak -atau paling kurang pun, meminggirkan sebentar- buku-buku Natsume Sōseki, Kōbō Abe, Sawako Ariyoshi dan Kenzaburō Ōe semata-mata untuk memberi laluan kepada buku-buku beliau.
Novel ini 'berwarna-warni'. Protagonisnya sangat obses dengan penulis Derek Heartfield. Sahabatnya pula, Nezumi (bermaksud ‘tikus'), alkoholik yang bercita-cita menulis novel. Kekasih protagonis, gadis yang kehilangan jari kelingking di tangan kiri. John F. Kennedy. Jay’s Bar. Lukisan “Rorschach”. Perhubungan. Perpisahan. Kesunyian. Kesepian. Dan California Girls nyanyian The Beach Boys!
Nah, apa lagi yang kauharapkan daripada penulis Jepun ini?
Motif-motif seperti inilah yang akan berulang-ulang dalam setiap novel beliau selepas itu.
Membaca novel ini -dan tulisan-tulisan Murakami yang lain-…