Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Sebelum Outro, Sebelum Kaos

Imej
1
SEINGAT saya, pada tahun lalu, saya, Ridhwan Saidi dan Anas Mohd. pernah berbual tentang bagaimana sesebuah kumpulan cerpen itu sebaiknya dihasilkan mirip album konsep oleh kugiran-kugiran di luar sana. Saya tidak pasti apa yang mencetuskan perbualan ini tetapi mungkin ia muncul kerana saya dan Anas - dan lain-lain - kebetulan baru sahaja selesai mengikuti bengkel penulisan cerpen Zainal Rashid Ahmad di Wisma Central. Dan kebetulan pula terserempak dengan Ridhwan pascakelas lalu terus bersepakat - dengan teman-teman sebengkel yang lain - ke Chat Masala di Brickfields. Atau mungkin juga pada waktu itu kami sedang rancak berbual tentang arwah Bowie, dan persona-personanya dan album Kid A (yang paling digemari oleh Ridhwan waktu itu). Saya beritahunya, saya sedang layan In Rainbows, dan menggemarinya waktu itu(sebelum akui OK Computer ialah album terbaik Radiohead sampai kiamat). Dan Anas, saya sudah lupa... barangkali OK Computer. Kata Ridhwan, "Album Kid A kalau dijadikan kumpula…