Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Jeanne Dielman Membunuh Rutin

Imej
NAMA Chantal Akerman terpacul sewaktu saya dan Ridhwan Saidi berbual (lebih kepada ketidakpuasan) tentang filem Hanyut (2012, tetapi ditayangkan pada 2016). Dan kerana saya sangat gemar akan La Folie Almayer (2011) bikinan Akerman, saya lanjutkan penerokaan filmografi pembikin filem dari Belgium ini dengan menonton Jeanne Dielman, 23, Quai du Commerce, 1080 Bruxelles (1975).
Saya sentiasa percaya slow cinema tidak akan membawa kita ke dalam filem, tetapi lebih kepada buat kita berada di dalam filem. Kerana durasinya yang agak lama (3 jam 21 minit) dan disaratkan dengan long take, kita bukan sahaja sudah jelas dengan rutin Jeanne Dielman, malah kenal dengan ruang-ruang di dalam apartmennya: bangun pagi, dia akan menggilap kasut anaknya, Sylvain di dapur, selain jerang air dan buat kopi; kemas katil anaknya di ruang tamu; kembali ke dapur untuk basuh pinggan-mangkuk; mengemas katil di biliknya sebelum menghamparkan sehelai tuala di atas katil; balik dari beli barang dapur, kita akan melu…

10 Catatan Pendek Sesudah Filem Yang Panjang

Imej
MUNGKIN Lav Diaz mahu membekukan kesementaraan. Mula sa Kung Ano ang Noon (atau From What Is Before) bolehlah dikatakan filem pertama dari Filipina yang saya tonton. Dan boleh juga dikatakan filem slow cinema kedua yang saya hadap (sesudah Once Upon a Time in Anatolia; From What Is Before jauh lebih ekstrim dengan durasi 5 jam 38 minit).

1. Filem berputar di sekitar sebuah kampung di Mindanao sewaktu Filipina bawah diktator Marcos pada awal 1970-an.

2. 4 jam pertama sahaja kita hanya dibawa melihat ke sekitar kampung dan orang-orangnya. Sarat dengan long takes. Long take yang masih melekat dalam kepala saya: imej bukit bersemak yang landai, dari jauh, seorang perempuan penjual kuih perlahan-lahan muncul dari atas puncak menuruni bukit, kita menunggu, perlahan-lahan juga dia berjalan mendekati kita yang berada di bawah.

3. Mungkin niat Lav Diaz mahu tonjol betapa perlahannya progres di kawasan luar bandar pada era Marcos. Dan seolah-olah kampung ini tidak terkesan langsung dengan dunia di…

Anjing Andalusia

Imej
(dalam format .doc)

[“Pada suatu masa…”] [awan hiris bulan, persis pisau (lelaki) hiris mata (perempuan)]
[“Lapan tahun kemudian.”] [lelaki silang-pakai, atas basikal] [kotak berbelang, sangkut pada leher] [perempuan membaca] [The Lacemaker, Vermeer] [lelaki jatuh basikal] [perempuan buka kotak berbelang, keluar tali leher] [susun pakai elok-elok atas katil] [lelaki renung tangan, dari lubang keluar semut] [bulu ketiak perempuan, persis landak laut] [dengan tongkat, perempuan jolok tangan atas jalan] [orang ramai keliling, intai dari atas: ada lelaki-perempuan] [polis tenang keadaan, ambil tangan atas jalan,      masukkan dalam kotak berbelang, serah kepada perempuan] [dari arah lelaki-perempuan (atau pandang mata tuhan?):       bersurai, kereta rempuh perempuan] [apartmen: lelaki liar raba buah dada] [lelaki kejar perempuan] [perempuan capai raket: perlidungan] [lelaki tarik tali, tarik dua paderi (satu Dali), tarik piano, tarik keldai mati] [perempuan lari keluar pintu, tangan lelaki tersepit pintu] [bilik…

Audio Domestik

Imej
Cerpen "Rfingk! Rfingk! Rfingk!".
MEMANG sudah lama mahu teroka sisi onomatopoeia yang selalunya hanya menjadi 'aksesori' dalam fiksyen. Dalam cerpen ini, saya mahukan ianya 'all-out' dan gerakkan cerita sekali gus.
CATATAN: Bila mata pena (di dalam laci meja tulis) dan mata pisau (di dalam kabinet dapur) bertengkar siapa yang lebih tajam menyiat kata, mata penulis berpinar di hadapan skrin komputer riba.

Bahasa (&) Sinema Seorang Tarkovsky

Imej
(dengan kameo seorang Truffaut)

DALAM filem Nostalghia (1983), ada satu babak di mana protagonis kita, Andrei Gorchakov berbual dengan temannya, Eugenia perihal terjemahan:
GORCHAKOV: Apa yang kaubaca? EUGENIA: Tarkovsky… Puisi-puisi Arseny Tarkovsky. GORCHAKOV: Dalam bahasa Rusia? EUGENIA: Taklah, ianya terjemahan. Boleh tahan bagus juga. GORCHAKOV: Lempar sajalah. EUGENIA: Kenapa?… Lagipun, orang yang menterjemahnya, dia seorang penyair yang bagus. GORCHAKOV: Puisi tak boleh diterjemah. Seni secara keseluruhannya tak boleh diterjemah. EUGENIA: Aku boleh setuju dengan kau tentang puisi… tapi muzik? Muzik, misalnya? (GORCHAKOV menyanyi dalam bahasa Rusia.)
Eugenia, seorang yang percaya segala jenis hasil kerja artistik atau emosi manusia boleh merentas dari satu budaya ke budaya yang lain. (Malah dia sendiri pun, barangkali kerana terlalu memegang kuat keyakinan ini, diam-diam menyimpan perasaan terhadap Gorchakov.)
Gorchakov sendiri ada menegaskan, “Penterjemah itu pembelot.” Ironinya, yang dise…