Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

'Malam' Di Tengah Malam: Jurnal Yang Tertangguh

Imej
BAGAIMANA ya, untuk saya mulakan jurnal ini? Tambahan lagi, jurnal ini merupakan sebuah tulisan yang tertangguh, sebenarnya. Adakah saya harus meminjam tubuh saya pada masa lampau? Atau hanya menyelongkar memori-memori berkaitan yang masih bersisa di ruang ingatan? Baiklah. Apa kata kita mulakan dahulu dengan 'apa itu Malam ?'. Malam   merupakan antologi cerpen (edisi terhad) kelima terbitan  Buku Fixi selepas Kopi, Bola, KLCC dan 40 . Hanya dicetak  3000 naskhah dan hanya dijual Big Bad Wolf Sale 2014. Kulit hadapan buku yang minimalis. Lapis pertama (berwarna hitam) yang berlubang menampakkan lapis kedua (berwarna kuning) yang di dalam - memberikan gambaran bulan penuh. Kerana apalah malam tanpa bulan, kan? Lapis kedua  kulit hadapan. Kulit belakang  yang membariskan penulis-penulis Malam berserta dengan cerpen-cerpen garapan mereka. 3000 naskhah  segar dari ladang. Antologi cerpen  Malam  telah pun dilancarkan tepat jam 12:00 tengah