Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Merungkai Murakami III: Tsukuru Tazaki dan Odisi Mencari Kebenaran

Imej
Colorless Tsukuru Tazaki UNTUK beberapa kali, 'Le mal du pays’ (daripada suite pertama ‘ Years of Pilgrimage ’) dimainkan dari YouTube sepanjang pembacaan. Kononnya nak ambil feel , dan bak kata mat saleh, “ Well, it works, baby! ” “You can hide memories, but you can't erase the history that produced them.” Bagi aku, novel ini dimulakan dengan bab-bab awal yang sedikit lesu dan meleret-leret (sepertinya Murakami masih lagi dalam mengah mencuri-curi nafas sesudah penat mengerjakan magnum opus nya, 1Q84 ). Bab-bab awal juga -dengan tidak berapa kemas- melompat-lompat di antara waktu Tsukuru Tazaki yang berusia 36 tahun dengan dirinya yang berusia 20 tahun. Tidak mengapa, teruskan bacaan. Sehinggalah kita sampai pada kisah ayah Haida. Pada bahagian ini, kita mulai sedar (atau separa sedar mahupun di bawah sedar) yang penulis Jepun ini mula mempamerkan taringnya kembali. Lagu yang melatari novel ini, menghubungkan ingatan Tsukuru Tazaki dengan Shiro dan Haid