Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

#PussyUntukPerpisahan

Imej
SALAM 1Pussy.
Syukur, cerpen aku berjudul "Diari Seekor Absurdis" telah terpilih untuk diterbitkan secara "pussy" (?) dalam antologi cerpen "Pussy Untuk Perpisahan".

Berita tentang projek antologi cerpen #PussyUntukPerpisahan ini mula berlegar-legar di Facebook dan Twitter sejak 4 Disember lepas lagi. Syarat-syarat cerpen -bertemakan perpisahan, main dan/atau haiwan serta sekitar 700-1000 patah kata.
Pussy? Apa yang pussy? Mulanya, aku betul-betul lost memikirkan cerita yang sesuai dan bertepatan dengan kata "pussy" itu. Lepas beberapa hari, lepas buat sedikit research (Ya, sebelum menulis selalunya aku akan buat research. Kau mampu?), baru aku dapat idea untuk menulis. Blegh!

Aku harap kau orang menyokong aku (dan penulis-penulis lain) dengan membeli antologi cerpen ini. Selamat membaca!
Sekian.
Majulah pussy untuk negara! (?)
CATATAN: Dapatkan antologi cerpen ini segera! Boleh dibeli di Art For Grabs, Annexe Gallery sehingga esok dengan harga RM20 se…

Menjadi Mangsa

Imej
KHAMIS yang lalu (22 November 2012),

48 jam kemudian,

Sebelum ini, aku telah menang dalam pertandingan cerpen Hilang di Facebook Fixi (cerpen boleh dibaca di sini). Syukur! Kali ini, aku menang pula dalam pertandingan cerpen Mangsa. Cerpen aku boleh dibaca di sini.

Tak nak cakap banyak (sebenarnya malas), selamat membaca!
CATATAN: Novel Mangsa tulisan Gina Yap Lai Yoong boleh dibeli secara online di sini.

Kata Gaza

Imej
kata Gaza:
mana kaupergi?
i sedang kami dibasah dengan darah kau dilumur dengan lendir takut menggulung dirimu dalam selimut yang menghijab ucapan kencangmu tika leher dililit mafla merah-hitam-putih-hijau "it's cool!" kata kau (?)
ii sedang kami dibingit dengan dentum kau dipekak dengan alunan rancak mampus dalam ketidakendahan letupan dan tangis dan jerit-pekik itulah alunan yang telah lali kami tempuh tiap hari.
kata Gaza: mahu kaudatang kemari?
i nanti dulu. gilaplah kapal-kapalmu itu dengan kencingmu sendiri hingga cukup kilatnya buat cermin rona rupamu yang padat dengan kedut kepura-puraan.
ii nanti dulu. hiruplah najis keamananmu dari atas baringan empuk, puas-puas kerana tidak akan kautemui najis itu pada tanah basah, yang hamis dengan wangian syuhada ini.
kata Gaza: .... .... .... (Gaza tidak lagi berkata)
Azrin Fauzi
15 November 2012
CATATAN: Gaza perlukan (doa) kita.

Sahabat Sembilanbelas

Imej
(Buat Ain, Afar, Alif, Azizi, Frhanis, Faris, Farzana, Hafeez, Juju, Keon, Kirin, Mike, Mira, Nadiah, Naem, Nisa, Ramlah, Ros dan Zul. Fuh! Cukup pun.)

Perkenalan dua tahun
seperti lama berkurun
Sahabat Sembilanbelas
itulah sahabat ikhlas
sayangnya
masa mengabur pantas.

Tuju serata penjuru
kembara mengaut ilmu
Sahabat Sembilanbelas
mengumpul sahabat baru
harapnya
dilupa jangan yang lalu.

Pesan aku pada kamu,
Sahabat Sembilanbelas:
"Kumpul kawan, kaut ilmu,
dilupa jangan pada kita
sebabnya
itulah kenangan penuh warna,
        padat rasa,
        sarat makna."

Azrin Fauzi
27 September 2012
Olomouc

(Kredit foto: Afar)
CATATAN: Tuhan telah menemukan aku dengan Sahabat Sembilanbelas. Satu perkataan saja dariku - SYUKUR.

Tulis Kerana Apa?

Imej
TERUS tenang dan tonton ini.



Ada orang menulis kerana seni. Walau dia sendiri tidak faham apa itu seni. Ada orang menulis kerana hobi. Agar saat-saat senggang terisi. Ada juga menulis kerana wang. Agar nyawa tidak bercerai dengan jasad. Aku pula menulis kerana apa? Hahaha! Aku menulis kerana... kerana... entah. Nantilah aku ceritakan.
Terus tenang dan... terus menulis!

CATATAN: Frasa "pure bullshit post-modern nonsense" itu sangat cool.

Aku, Mark Zuckerberg dan Nisah Haron

AKU tidaklah mengenali Nisah Haron secara peribadi. Aku mengenali beliau melalui karya-karyanya sahaja. Entah kenapa, hari itu (25 Julai 2012) aku berasa terpanggil untuk bertanya sesuatu kepada penulis ini di laman Facebook (melalui Message). Sebenarnya lebih kepada berbual dengannya. Berikut adalah ekstrak perbualan kami (maaf kerana perbualan yang di luar konteks penulisan/penerbitan tidak disiarkan di sini... kehkehkeh!).
Penulis: Puan pernah menyatakan bahawa "seorang  penulis hanya boleh berbicara mengenai hasil penulisannya yang telah diterbitkan sahaja" (saya tidak ingat bila kenyataan ini dikeluarkan). Correct me if I'm wrong.
Nisah Haron: Mungkin juga pada ketika 'kenyataan' itu ditulis atau saya ungkapkan, saya bermaksud kita tak sepatutnya bercerita tentang apa yang sedang kita tulis, sedangkan kita belum lagi menulis tentangnya. Ada bahayanya apabila kita memberitahu yang kita sedang menulis (biasanya penulis baharu suka buat status bahawa dia sedang m…

Gampang

Antara kopi, teh,
moka dan susu aku terpinga kau membisu kerana dia memilih Milo (?)
Azrin Fauzi
2012
CATATAN: Lidah Melayu kami kelu mendengar permintaannya dalam kafe kapitalis Amerika itu.

Seperti Stroberi

i Di celahan ranting stroberi aku mengusik kau mencebik masam.
ii Sekali lagi kumengusik aku mengejek kau yang lembik diam.
iii Di balik stroberi kecil nakal mengejar aku kau tidak lagi kaku muka merah itu marah sabar kini merobek bisu itulah engkau lembik, masam tapi manis seperti stroberi.
Azrin Fauzi Februari tiga, dua ribu sebelas
Lokasi random Cameron Highlands
CATATAN: Tiada catatan dalam dingin ladang stroberi ini.

Tiket Jadi CerPENIS

MALAM sebelum aku ke Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2012 (KLAB), sebaik jarum jam mencanak pukul 11.30 malam, Buku Fixi telah buat pertandingan cerpen di Facebook Fixi sempena novel Hilang. Sisi gelap diri aku mengatakan, "Kau kena masuk contest ni, Azrin. Kau kena masuk." Seakan dilema dalam diri kerana sisi lain diri aku pula sibuk mencelah, "Alahh.. takyah masuk. Bukan kau boleh menang pun. Lepak-lepak sudah. Esok borong buku kat KLAB. Ada peluang, jumpa Faizal Hussein."
Itu kisah 11.30 malam.
Sejam lepas tu, selesai buang air, aku buka laptop. Buka Microsoft Word. Keyboard ditekan rancak. Idea memancut-mancut keluar. Seperti tertelan viagra gamaknya. Aku tidak punya masa yang lama. Pertandingan berakhir pukul 11.30 malam dua hari berikutnya. Bermakna aku ada 48 jam lagi! 
Siap!
Tak sampai sejam pun. Aku save dulu cerpen ni. Aku peram dulu. Esoknya, lepas balik dari KLAB, lepas berfoya-foya, aku edit cerpen ni sikit. Edit punya edit punya edit! "Pundek jugak…

Angkuh Si Burung Biru

Serentak semua pengikutmu menekan butang "Unfollow" merah segala kicaumu seratus empat puluh aksara itu yang padat sejalur kerenah menjadi kicau sia-sia tanpa arah.
Azrin Fauzi
2012
CATATAN: Mungkin yang angkuh itu dia. Atau mungkin yang angkuh itu aku. Atau mungkin yang angkuh itu kami. Mungkin.

Fakof II

MASQUERADE

Pompang-pompang!
Penat berceramah. Lelah.
Pak Lebai pulang ke rumah.
Buka kabinet. Buka bungkusan Pedigree.
Terus diberi kepada sepasang American Shepherd
yang dipelihara. Sekian lama.
Mereka bertiga ketawa.


LINGUISFORA
2020. Duit bukan matawang. Ringgit lesap menghilang. "Tinggi benar budi bahasa anak kau, Jah. Mampu beli sebuah Bentley! Bukan macam anak aku, miskin budi bahasa. Sampai sekarang tak berkereta." "Rahman dah pulang!" Si anak masuk. Pantas. Bawa pulang segulung tisu tandas. Baru dibeli. Dikitar semula daripada - duit.

KENYANG
Slurp! Slurp! Puas Pak Ngah menghisap darah nyamuk-nyamuk itu. Kenyang. Orang tua itu terbang. Mengepak-ngepak malas. Mencari jalan pulang. Mencari mangsa lain. Mak Ngah. Mungkin.

CATATAN: Buat Kahlil Gibran (sekali lagi), pemula puisi prosa.

Fakof I

KHALWAT
Pernah mereka ditangkap khalwat. Pernah mereka berzina. "Aku mengandung anak kau, celaka!" kata Tompok kepada Belang sambil meliang-liuk ekornya. Serik.

HARUAN
Di dapur. Haruan tiada. Terpaksa Salmah memasak daging berempah. Buat bapanya.
Di ruang tamu. Bapanya diam menunggu. Tanpa tangan dan kaki. Dan kepala. Kerat sini-sana. Dalam merah darah. Salmah mengusap perut. Makin membesar. Tangannya bergetar. Lidahnya mencarut. Dalam marah, Salmah menangis.

LORONG
Di sebatang lorong. Dalam tong. Dina (binti Abdullah) tidak menangis. Mengapa berair mata? Yang hadirnya sia-sia. Dia punya cita-cita. Mencari ibu. Membunuh bapanya. Celaka!

CATATAN: Buat Kahlil Gibran, pemula puisi prosa.

Bermula Dari Seorang Pengemis

SEBELUM ini, aku tidak menggemari puisi. Lebih kepada benci terhadapnya. Sering aku merungut, "Begitu mudah sekali manusia-manusia ini (penyair) mencipta nama dengan hanya beberapa patah kata yang karut!"
Entah mengapa, suatu hari aku cuba mengarang satu. Susah macam setan! Terus kuhantar kepada editor Dewan Siswa. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Aku menanti. Nah! Puisi pertama aku tersiar dalam Dewan Siswa edisi Jun 2010. Perasaan bercampur-baur. Puisinya begini,
AKU PENGEMIS
Lahirnya aku sebagai manusia kini aku pengemis kotak lapuk sudah cukup cukup membuatku selesa lena di kaki lima di kota haloba.
Pakaian lusuh dikotori kedaifan bau busuk menjadi teman dencingan syiling-syiling kecil memekik telinga agar terbenih secebis simpati bukannya rezeki yang diberi hanya jelingan hina yang diterima.
Manusia memaling cela sepak terajang pemuas rasa manusia itulah bertuan syaitan.
Aku reda kerana aku pengemis.
2010
Faisal Tehrani telah mengulas puisi aku. Katanya, “Puisi Azrin Fauzi mel…