Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Merungkai Murakami: Ulasan Dua Novel

Imej
AKU mula kenal dengan tulisan Murakami melalui cerpen-cerpennya, bukan seperti kebanyakan pembaca lain yang membaca Murakami bermula dengan novelnya. Aku mula dengan after the quake. Aku suka. Kemudian The Elephant Vanishes. Aku makin suka. Kemudian Blind Willow, Sleeping Woman. Aku merasakan tulisan Murakami… eh, aku rasa, aku dah ke laut ni. Sepatutnya aku ulas dua novel beliau. Secara pukal.
Baiklah.

After Dark
Berlaku dalam satu malam, melewati novel ini seakan melalui suatu fasa mimpi. Aku tenggelam dan dibawa arus -segala-galanya kelihatan jelas, amat jelas- sehinggalah aku terdampar di penghujung cerita, terpinga-pinga. Aku tutup novel ini. Lalu bertanya kepada diri sendiri, apa yang berlaku sebenarnya?
Atmosfera kota Tokyo pada waktu malam dihidupkan secara bersungguh-sungguh oleh Murakami. Generasi mudanya memeluk ketat-ketat apa yang datang dari barat - si pemain trombon Takahashi menggemari lagu 'Five Spot After Dark', manakala Mari pula melepak di Denny’s pada waktu ma…

Budapest

Imej
Budapest Oleh Billy Collins
Penaku bergerak-gerak di sepanjang kertas umpama muncung binatang janggal berbentuk seperti lengan manusia serta disarung lengan baju sejuk hijau yang longgar.
Aku melihatnya tak habis-habis menghidu kertas itu sengaja seperti haiwan lapar yang tak punya apa-apa dalam kepala tapi ulat-ulat dan serangga-serangga itulah yang benarkannya untuk bernyawa pada hari berikutnya.
Ia cuma mahu untuk berada di sini keesokannya dengan pakaian, mungkin, di dalam lengan kemeja petak hidung keras menekan kertas menulis beberapa lagi baris ayat penuh patuh
sementara aku merenung ke luar jendela dan bayangkan Budapest atau beberapa bandar lain di mana aku tidak pernah lawati.
Terjemahan Azrin Fauzi
CATATAN: Aku terasa dekat dengan sajak-sajaknya.

Fobia: Jangan Takut

Imej
NAK dipendekkan cerita, aku telah menghantar sebuah cerpen kepada sebuah rumah penerbitan yang baru bertapak. Dan cerpen aku itu telah terpilih untuk dimuatkan ke dalam kumpulan cerpen mereka yang pertama, FOBIA.

"Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?
Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.
Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?"
Jika anda seorang yang mempunyai kuriositi liar yang membuak-buak, sudah tentu anda ingin mengetahui isi kandungan kumpulan cerpen ini, bukan? Dan mungkin juga anda ingin membaca petikan daripada setiap cerpen, kan? Jangan takut-takut untuk baca di sini.
Buku ini akan dilancarkan di acara Art For Grabs pada 29 September 201…

Sesudah Dajjal

Imej
SESUDAH Dajjal Sebuah Antologi, satu lagi antologi cerpen bakal menyusul. Dan kali ini, temanya, "yakjuj". Ah, sudah! Apa yang akan aku tulis pula kali ini? Watak "serigala" dan "gadis berambut oren" masih lagi berlegar-legar dalam kepala. Aku rasa kali ini aku ingin tulis sesuatu yang lain... sedikit.
Maka terhasillah,
Fragmen Faridah!!!

Barisan cerpen dan penulis yang bersekongkol dalam mencipta Yakjuj ini,
FRAGMEN FARIDAH Azrin Fauzi
SELAMAT TINGGAL DUNIA Mohd Azmen
GOG Salleh Razak
FREDDY DAN GOLAK PRA, SEMASA, DAN PASCA-CIPTA Syahmi Fadzil
BUNGA KUACI Asyraf Bakti
FIKSYEN SITWENTYTHREE Pitri Al-Fateh Zainon
KARMA ANKER Syafie Mahyani
AKU, LISA DAN SECAWAN KOPI Ariff Masrom
MISTERI GIGITAN ABADI Amir Azmi
GADIS BILLBOARD SOS BAWANG Aloy Paradoks 
Buku terbitan SeLUT Press ini (sekali lagi disunting oleh Aloy Paradoks) akan dilancarkan di acara Art For Grabs di Annexe Gallery, Central Market pada 29 September 2013 ini (Boleh rujuk di sini). Untuk pembaca-pembaca lap…

Fobia, Senja Dan Lain-Lain

Imej
CATATAN: Ini petikan cerpen yang bakal terbit. Nantikan! Oh ya, cerpen ini berbeza dengan yang ini.

Rendezvous

i dalam kamar kelam dalam pekat malam sepekat kopi bancuhanmu: pahit-hitam dikau giat mendengus rindu radio ligat menghembus lagu jazz, yang membunuh bisu.
ii dalam kamar suram dalam pahit malam sepahit curang aturanmu: padat-pendam dikau galak menyolek rupa dengan bedak pura-pura menoreh-noreh jiwaku, binasa.
iii dalam kamar kaku malam mengeluh lesu dia-dakap-daku: rendezvous.
CATATAN: Sajak 'Rendezvous' ini dipetik daripada cerpen "Diari Seekor Absurdis", yang termuat dalam antologi Pussy Untuk Perpisahan. Sajak ini 'ditulis' oleh narator dalam cerpen tersebut, Jun.

Sinopsis Tiga Cerpen

CERPEN-cerpen aku ada terselit dalam beberapa buah buku - Dajjal Sebuah Antologi dan KLCC dan Pussy Untuk Perpisahan. Untuk pengetahuan kalian, buku-buku ini sedang dijual dengan liarnya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung kini.
Nah, sinopsis!
Cerpen Serigala, Revolver dan Gadis Berambut Oren Madi dapat sepucuk revolver. Mona dapat sepucuk revolver. Keadaan menjadi serupa 'dajjal'. Masing-masing diburu ajal. Hidup mereka berdua berubah. Dan bertemu. Dan berpisah.
Cerpen Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorg Kisah seorang perempuan tua dan seekor kucing Parsi -purebred- berwarna ungu yang berlegar-legar di sekitar KLCC, kapsul kaca, kebaya biru, sultan gila nakharom, rokok Marlboro, keempukan sofa putih di tepi pantai berpasir putih, sajak A. Samad Said, pistol laser dan KLCC.
Cerpen Diari Seekor Absurdis Selepas peristiwa 'bullshit' yang berlaku di Starbucks, Jun mula tulis diari.
Jadi, tunggu apa lagi? Pergi PBAKL. Dan buru buku-buku ini. Segera. …

Kelahiran Semula

Imej
BUKU berjudul Pussy Untuk Perpisahan ini pernah diterbitkan sebelum ini (aku ada menulis perihalnya di sini). Walaupun judulnya 'direjam', tetapi sambutannya menggalakkan. Amat menggalakkan.

Kini, buku ini lahir semula.



Hendak dijadikan cerita, antologi cerpen ini boleh mula dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di gerai ini. Jangan tersipu. Jangan malu. Beli.
CATATAN: Maka aku pun tidak sabar hendak baca cerpen Sinaganaga dalam buku ini.

Sebuah Lagi Cerita Bohong

Imej
PERNAH aku terdengar ada mulut-mulut yang berkata, "Tak membazir ke buat bangunan tinggi-tinggi? Mahadey ni dah gila ke apa?" Sejujurnya, aku tidak "ambil port" pun dengan apa yang dikata. Sebab aku peduli apa! Apa yang aku tahu (dan kau orang patut tahu), Buku Fixi akan terbitkan sebuah lagi antologi cerpen berjudul..... KLCC!!!

Khabarnya, antologi cerpen ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke-15 terpacaknya dua menara tersebut di tengah-tengah pusat ibu kota Kolumpo. Jemputan menulis cerpen untuk buku ini tidak aku sia-siakan. Justeru, aku berterima kasih kepada  Mahadey  Buku Fixi kerana telah memberikan ruang kepada cerpen aku untuk dimuatkan ke dalam buku ini. Terima kasih, Buku Fixi! Terima kasih!
Sejujurnya, terasa inferior juga menulis cerpen untuk buku ini. Kerana aku tahu penulis-penulis Fixi yang lain semuanya hebat-hebat. Fuh! Menggelupur jugalah aku menulis (eh?).

Kau orang hendak tahu siapa lagi yang menulis untuk buku ini? Berikut ialah 19 cerp…

Dajjal Mana?

Imej
INGIN aku khabarkan di sini bahawa cerpen aku yang terbaru, berjudul "Serigala, Revolver dan Gadis Berambut Oren" telah diterbitkan dalam antologi cerpen Dajjal, suntingan Aloy Paradoks.

Temanya "dajjal". Persoalannya, dajjal mana? Aku tidak berminat untuk menulis tentang kehadiran makhluk yang buta sebelah matanya itu yang dikaitkan dengan Illuminati, Freemason, Orde Dunia Baru, Baphomet, Lady Gaga (?) dan segala macam lagi teori konspirasi. Justeru, aku memilih untuk menulis sesuatu yang mudah untuk dihadam (aku harap-haraplah), yang bergenre komedi gelap. Bergenre fiksyen transgresif. Ya!

Katanya, daripada 31 cerpen yang diterima oleh SeLUT Press, hanya 10 cerpen yang terpilih (salah satunya ialah cerpen aku) untuk dimuatkan ke dalam antologi Dajjal ini. Berikut ialah cerpen-cerpennya (dan para penulis),

TASIK GALILEE Mohd Azmen
FILEM Salleh Razak
GADIS DAN GIGI Walid Ali
SERIGALA, REVOLVER DAN GADIS BERAMBUT OREN Azrin Fauzi
f 5.6 Nik Adam Ahmad
PENGEMBARAAN JAL DI TAN…