Budapest
(Sumber) |
Budapest
Oleh Billy Collins
Penaku bergerak-gerak di sepanjang kertas
umpama muncung binatang janggal
berbentuk seperti lengan manusia
serta disarung lengan baju sejuk hijau yang longgar.
Aku melihatnya tak habis-habis menghidu kertas itu
sengaja seperti haiwan lapar yang tak punya apa-apa dalam kepala
tapi ulat-ulat dan serangga-serangga itulah
yang benarkannya untuk bernyawa pada hari berikutnya.
Ia cuma mahu untuk berada di sini keesokannya
dengan pakaian, mungkin, di dalam lengan kemeja petak
hidung keras menekan kertas
menulis beberapa lagi baris ayat penuh patuh
sementara aku merenung ke luar jendela
dan bayangkan Budapest
atau beberapa bandar lain
di mana aku tidak pernah lawati.
Terjemahan Azrin Fauzi
CATATAN: Aku terasa dekat dengan sajak-sajaknya.
antara 2 tanah berbeza, disatukan oleh jambatan~
BalasPadam