Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Di Mana Kausimpan Noktahmu, László?

Imej
MENGENALI seorang pengarang boleh sahaja semudah melintas ayat pertama daripada bukunya. Dan itulah yang berlaku tatkala saya melewati Satantango dan The Melancholy of Resistance oleh pengarang dari Hungary ini.

"Since the passenger train connecting the icebound estates of the southern lowlands, which extend from the banks of the Tisza almost as far as the foot of the Carpathians, had, despite the garbled explanations of a haplessly stumbling guard and the promises of the stationmaster rushing nervously on and off the platform, failed to arrive ('Well, squire, it seems to have disappeared into thin air again ...' the guard shrugged, pulling a sour face), the only two servicable old wooden-seated coaches maintained for just such an 'emergency' were coupled to an obsolete and unreliable 424, used only as a last resort, and put to work, albeit a good hour and a half late, according to a timetable to which they were not bound and which was only an approximation anyway,…

Selamat Datang Ke George Town

Imej
INI kali ketiga (atau keempat) saya merelakan darah saya dihisap oleh Kelawar Pulau Pinang. Dan itulah harga yang perlu dibayar setiap kali saya datang ke George Town (atau Tanjung) Ahmad Rashid Talu. Jika kunci kota Kuala Lumpur ada pada Abdullah Hussain melalui Kuala Lumpur Kita Punya (1967), saya berani katakan kunci kota George Town ada pada salah seorang novelis terawal yang telah membuka pintu prosa moden dalam susastera Melayu kita ini, kerana:
1. Membaca Perangkap Hitam ialah melihat perarakan cingge di simpang Carnarvon Street dengan Prangin Road.
2. Membaca Perangkap Hitam ialah menaiki motokar Overland Rapid Two-Seater keliling Tanjung.
3. Membaca Perangkap Hitam ialah tawar-menawar semasa membeli buah di Chowrasta Market.
4. Membaca Perangkap Hitam ialah mengintai pelacur-pelacur menunggu habuan di Penang Road.
5. Membaca Perangkap Hitam ialah menonton wayang gambar di Dorry Lane. (Di manakah Dorry Lane?)
6. Membaca Perangkap Hitam ialah bersiar-siar menghirup angin malam di Pad…

Eva, Keretapi dan Sebagainya

Imej
DALAM ruangan Kritikan Cerpen Dewan Sastera Bil. 5 2018, "Tentang Kehidupan, Kepercayaan dan Kebenaran" Hafizah Iszahanid ada menyatakan:

"Meskipun tidak mengangkat kehidupan atau kepercayaan seorang wartawan, tetapi Azrin melalui naskhah ini merakamkan ketidaktentuan emosi watak yang ditampilkan sebagai seorang pengarang.

Jika Azriq menjelaskan perjalanan dengan kereta api pada satu fragmen sahaja*, Azrin pula memilih kereta api sebagai latar tempat dalam keseluruhan karyanya. Secara jelas, cerpen ini tentang perjalanan atau simbol seluruh perjalanan hidup.

Cerpen ini terpecah dua, antara watak Aku, seorang pengarang yang mencari Eva dan catatan-catatan yang berakhir dengan nama Eva. Aku ialah pengarang yang tidak tahu bagaimana ingin mempersembahkan karyanya. Simbol muka taip amat menarik untuk diperhatikan selain perkaitan dengan karya penulis klasik Jepun dan Argentina yang dibawa masuk dengan sengaja.

Aku digambarkan sebagai watak yang keluar dari Lokomotif O, sedangka…

Merenung ke Luar Bingkai Cereka

Imej
Esei "Marlina, Dalam Renungan Ke Luar Babak".


MARLINA Si Pembunuh dalam Empat Babak sebetulnya bukanlah filem yang sempurna. Barangkali bukan juga antara filem terbaik yang saya tonton pada tahun ini. Tetapi saya menyukainya. Kerana jarang sekali dapat saya nikmati filem di pawagam belakangan ini di mana imej-imej bekerja memaknai mediumnya - sinema.
Ya, ketidaksempurnaannya terpapar pada cacat cela naratif, e.g. watak Franz yang tiada faktor penolak yang membebankannya untuk menguruskan mayat Markus, dan adegan-adegan Marlina berpatah balik ke rumahnya semula. Itu, kita boleh sapu ke bawah karpet buat masa ini kerana siapa yang kata filem mesti bercerita?

Saya sendiri pun kurang gemar dengan tulisan-tulisan berkenaan filem yang disempitkan pada struktur naratif semata-mata. Kerana yang sedang mereka alami itu sinema, bukannya novel atau apa-apa. Adakah mereka terlepas pandang untuk melihat struktur sinematiknya? Atau dalam kegelapan dan kedinginan panggung itu, mereka sedang m…

Perlukah Kita Percaya Kepada Hitchcock?

Imej
Oleh André Bazin
TIADA siapa pun boleh pertikai yang Alfred Hitchcock ialah manusia paling bijak dalam dunia sinema. Tiap-tiap satu filemnya ialah perjalanan ke luar sempadan teknik filem yang akan mempesonakan kita setiap kali pulang, seolah-olah setelah melihat pertunjukan bunga api. Apa-apa yang di luar batas sana hanya menanti untuk dilihat.
Sewaktu Hitchcock meninggalkan studio-studio British demi Hollywood pada 1939, dia telah pun memberikan satu-satunya filem berkelas tinggi kepada sinema British yang diterbitkan sebelum perang, The Thirty-Nine Steps. Walaupun ia dibikin pada 1935, filem ini tak ditelan zaman - kecuali mungkin pada beberapa rinci kecil teknikal. Tetapi teknik bukanlah penting sangat. Ia secara umumnya ialah filem senario (dan apalah senario!) dan yang berkenaan dengan pengarahan dan pelakon-pelakonnya. Jika mungkin bukan akrobatik, pengarahannya cekap dan bijak. Tatkala sampai saja di Amerika, Hitchcock barangkali sudahpun dikenal sebagai pakar dalam filem-filem …

Yang Mengintai Bayang

Imej
YANG-YANG:Ayah, aku tak boleh lihat apa yang kaulihat dan kau tak boleh lihat apa yang kulihat. Macam mana aku tau apa yang kaulihat? NJ:Soalan yang bagus. Ayah pun tak terfikir begitu. Mungkin sebab itulah kita perlukan kamera. Kau nak main dengannya? YANG-YANG:Ayah, bolehkah kita hanya tahu separuh saja daripada kebenaran? NJ:Apa? Ayah tak paham? YANG-YANG:Aku hanya boleh lihat apa yang di depan tapi bukan apa yang di belakang. Jadi, aku hanya boleh tahu separuh saja daripada kebenaran, kan?
CATATAN: Dalam Yi Yi (2000), Edward Yang kembali menjadi kanak-kanak yang mengintai bayang-bayang dewasa.

Filem Lenyap Ditelan Rimba

Imej
AKU beritahu mereka yang aku sudah tertonton Dukun di Facebook. Dan aku menyukai filem sulung Dain Said ini (walaupun benar filem ini tidaklah sebaik Bunohan). Ia masih berlegar-legar di sekitar bayang-bayang mistikal Nusantara. Johan Radzi kata Dain Said memang suka betul bermain dengan hal-hal mistikal Melayu ini; main puteri dalam Bunohan, ritual puak Tinggang dalam Interchange (dan ilmu hitam dalam Dukun). Aku menyetujuinya. Ia sesuatu yang dekat dengan kita tetapi terlalu jauh dari pemahaman (berapa ramai yang mahu memahaminya? Atau berani untuk mendepaninya?).
***
Sehinggalah Ali Aiman beritahu ada sebuah filem lama era studio tentang Borneo. Johan juga pernah terdengar akan kewujudannya. Tetapi mereka tidak mengingati judulnya.
***
Malam semalam, sewaktu membelek Memoir Hamzah Hussin untuk rujukan artikel filem yang sedang ditulis, aku fikir aku telah menemui filem yang dimaksudkan oleh Ali dan Johan itu:
      "Cathay Keris mula membuat pemindahan sebuah novel menjadi filem. S…

Apa-Apa Tentang Metaskandal

Imej
(Bebelan yang dikutip daripada akaun Twitter @RealRomanBuku sewaktu saya menjadi kurator tempohari.)

1. Ramai yang tidak tahu judul asal Metaskandal ialah "Outro Kaos". Bila Sufian Abas bagitau judulnya akan diubah kepada "Metaskandal" (diambil daripada salah satu judul cerpen dalamnya), saya OK saja.
2. Dalam erti kata lain, mungkin ia boleh jadi cara untuk kita jalinkan hubungan sulit dengan fiksyen. Atau mungkin tidak.
3. Melalui Metaskandal, saya mahu teroka ruang dan bunyi dalam fiksyen.
4. Bunyi: seperti dalam cerpen "Rfingk! Rfingk! Rfingk!", saya mahukan onomatopoeia (yang selalunya menjadi 'aksesori' dalam fiksyen) kali ini all-out dan gerakkan cerita sekali gus.
5. Ruang: ada ruang dalaman, ruang luaran, ruang peribadi, ruang awam. Ada juga ruang-ruang lain yang abstrak. Ada juga heterotopia.
6. Seperti cerpen "Kalau Bukan Fuko, Siapa?", terinspirasi daripada syarahan Michel Foucault (circa 1960), yang kemudiannya diterjemah ke dalam…