Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

"Teater Modular": Blok-blok Cerita dalam Ledakan Teater Mandiri

Imej
“TEATER adalah pertemuan sastera dan arsitektur,” kata Ridhwan Saidi dan apa lagi yang lebih tepat untuk menyimpulkan pengalaman menikmati persembahan teater di dalam sebuah gudang lama? Setelah mementaskan sembilan drama pendek (playlet) pada tahun lalu, Teater Modular kali ini dibina daripada empat drama pendek yang terakhir (menjadikan kesemuanya 13 buah, setiap satunya berdurasi sekitar 15-20 minit); naskhah yang ditulis oleh Ridhwan Saidi ini masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri yang merentas ke serata spektrum isu daripada hal-hal domestik yang melegari pasangan suami-isteri, komuniti sehinggalah hal-hal transendental yang mencari makna mati.
Modul 10: “Sudah terang lagi bersuluh, kematian itu klise. Bila mati segala makna hilang, dan bukankah klise itu kematian makna?!”
“Erti Mati” arahan Amirul Syakir menjadikan perbualan di meja makan (table-talk) setenang mungkin – tetapi genting! – antara malaikat Izrail (Faris Zainor) dengan jin bernama Tsabur (Roshafiq Roslee…

Tulisan di Atas Tilam

Imej
Cerita: Tentang seorang sarjana senibina yang terperangkap di dalam binaan Brutalis rekaan seorang arkitek buta (kebutaan arkitek ini barangkali bertitik-tolak daripada kata-kata Juhani Pallasmaa, yang menegaskan bahawa senibina bukan okularsentrik - seni yang tidak bergantung pada deria mata semata-mata.) Dan walaupun hanya ada dua watak yang terperangkap di dalam ruang ini, mereka tidak berinteraksi. Masing-masing hanya berinteraksi - atau berdialog - dengan ruang/senibina yang memerangkap mereka; "Betapa binaan tidak pernah berganjak daripada berhubungan dengan tubuh; senibina dan tubuh harus terus berdialog."

Imej dan lain-lain: Ditulis dengan semangat foto-foto hitam-putih yang berkersik dan suram, persis permukaan binaan konkrit Brutalis yang kasar dan selekeh. Tetapi kekasaran dan keselekehan itulah keindahan yang saya cari. Kerana ianya daripada foto, mungkin sebab itulah ruang yang memerangkap protagonis kita seakan telah membekukan waktu. Persis sekeping foto yang m…

Grotes Sebuah Gua

Imej
Cerpen "Anganbayangan".

YANG mengingatkan saya tentang folklor "Batu Belah Batu Bertangkup" pada awalnya bukanlah semata-mata gua yang menelan tubuh rajuk seorang ibu, tetapi lebih kepada apa yang diceritakan oleh ibu saya sendiri sebelum tidur ketika kecil dahulu. Pada waktu itu, keresahan - dan ketakutan - saya tidaklah bertitik-tolak daripada rinci-rinci ceritanya melainkan lebih menganggapnya sebagai 'amaran': agar tidak melukai hati ibu. Kerana dia boleh merajuk.
Sehinggalah saya tertonton kembali filem bikinan Jamil Sulong (1959), terutama 30 minit pertamanya. Tatkala anak perempuan si ibu mengambil beberapa helai rambut ibunya yang mengurai di luar gua; gua ini bukan sahaja 'menelan', yang membuatkan tubuh si ibu diperangkap di dalamnya, malah turut menghancurkan tubuh wanita itu (paling tidak kepalanya!) Suatu grotes yang yang tidak terjelma di mata - tetapi rasa.
Dalam cerpen ini pula, ada 'kebenaran' lain yang ditemui oleh protagonis …