'Malam' Di Tengah Malam: Jurnal Yang Tertangguh
BAGAIMANA ya, untuk saya mulakan jurnal ini? Tambahan lagi, jurnal ini merupakan sebuah tulisan yang tertangguh, sebenarnya. Adakah saya harus meminjam tubuh saya pada masa lampau? Atau hanya menyelongkar memori-memori berkaitan yang masih bersisa di ruang ingatan?
Baiklah. Apa kata kita mulakan dahulu dengan 'apa itu Malam?'.
Malam merupakan antologi cerpen (edisi terhad) kelima terbitan Buku Fixi selepas Kopi, Bola, KLCC dan 40. Hanya dicetak 3000 naskhah dan hanya dijual Big Bad Wolf Sale 2014. |
Kulit hadapan buku yang minimalis. Lapis pertama (berwarna hitam) yang berlubang menampakkan lapis kedua (berwarna kuning) yang di dalam - memberikan gambaran bulan penuh. Kerana apalah malam tanpa bulan, kan? |
Lapis kedua kulit hadapan. |
Kulit belakang yang membariskan penulis-penulis Malam berserta dengan cerpen-cerpen garapan mereka. |
3000 naskhah segar dari ladang. |
Antologi cerpen Malam telah pun dilancarkan tepat jam 12:00 tengah malam pada 7 Disember 2014 yang lalu. Sambutan yang diterima pada malam itu teramatlah menggalakkan. Malam laku keras!
Sekitar Pelancaran Malam
Pelancaran Malam di tengah malam. Kredit |
Amir Muhammad sedang berceloteh tentang Malam. Kredit |
Barisan penulis Malam yang hadir untuk sesi autograf. Duduk (dari kanan): Ah, tekalah sendiri. Ahaks! Kredit |
Pembeli-pembeli yang rakus. Kredit |
Pembeli-pembeli yang semakin rakus. Untuk |
Sesi autograf. Yang berakhir pada jam 4 pagi. Pada waktu ini, 2500 naskhah Malam telah terjual. Bravo! Kredit |
Jam 4 pagi, hanya 500 naskhah Malam yang tinggal. Kredit |
Sehinggalah.....
Kredit |
Kredit |
Malam Yang Merangkak
Pelawaan menulis untuk antologi cerpen Malam telah dihantar oleh Buku Fixi pada 28 Oktober 2014 yang lalu. Katanya, cerpen haruslah bertemakan 'malam/nokturnal' atau 'buku' (atau kedua-duanya). Daripada tema inilah, maka terhasilnya cerpen "Malam Yang Merangkak".
Muka pertama cerpen saya. |
"Malam Yang Merangkak" ialah cerpen kedua saya yang diterbitkan oleh Buku Fixi (cerpen pertama ada termuat dalam KLCC, sinopsisnya pula di sini). Cerpen ini saya dapat inspirasi daripada kata-kata Bertolt Brecht sebenarnya: "Seni bukanlah cermin yang menggambarkan realiti, tetapi tukul untuk membentuknya." Boleh dikatakan cerpen ini adalah cubaan saya untuk menulis metafiksyen pula untuk kali ini.
Sinopsis "Malam Yang Merangkak": Pertemuan editor-penulis pada suatu malam diisi dengan perbualan-perbualan rambang tentang filem-seni-sastera sebelum menemui titik nokturnal di mana realiti, ilusi dan meta bersatu.
"Kerana tembok yang memisahkan realiti dengan ilusi telah roboh. Dan seni boleh melompat dari ruang realiti ke ruang ilusi tanpa ragu-ragu, sebelum pulang semula ke ruang realiti. Atau terus tinggal di ruang ilusi..."
CATATAN: Disebabkan kesemua 3000 naskhah Malam telah pun habis dijual, untuk pasaran gelap, bolehlah jengah-jengah di sini.
Ulasan
Catat Ulasan