Saturday, 1 June 2013

Sinopsis Tiga Cerpen

CERPEN-cerpen aku ada terselit dalam beberapa buah buku - Dajjal Sebuah Antologi dan KLCC dan Pussy Untuk Perpisahan. Untuk pengetahuan kalian, buku-buku ini sedang dijual dengan 'liarnya' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung kini.

Nah, sinopsis!

Cerpen Serigala, Revolver dan Gadis Berambut Oren
Madi dapat sepucuk revolver. Mona dapat sepucuk revolver. Keadaan menjadi serupa 'dajjal'. Masing-masing diburu ajal. Hidup mereka berdua berubah. Dan bertemu. Dan berpisah.

Cerpen Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorg
Kisah seorang perempuan tua dan seekor kucing Parsi -purebred- berwarna ungu yang berlegar-legar di sekitar KLCC, kapsul kaca, kebaya biru, sultan gila nakharom, rokok Marlboro, keempukan sofa putih di tepi pantai berpasir putih, sajak A. Samad Said, pistol laser dan KLCC.

Cerpen Diari Seekor Absurdis
Selepas peristiwa 'bullshit' yang berlaku di Starbucks, Jun mula tulis diari.

Jadi, tunggu apa lagi? Pergi PBAKL. Dan buru buku-buku ini. Segera. Terima kasih!

CATATAN: Untuk cerpen (cerita pendek), sinopsis juga harus pendek, kan?

No comments:

Post a Comment