Selongkar Shahnon: Semaun-Kasa vs. Senik

Rentong (1965)

“SEMAUN terpaksa membantah. Chadangan Pa’ Senik chadangan orang yang inginkan kekayaan yang chepat melalui jalan churang. Sial tujoh turunan kalau di-terima. Semaun tetap tidak terima walau sa-kerat beras sa-kali pun. Dia ta’ sanggup menjijak adat turun temurun itu. Menjijak adat to’ nenek sama-lah erti-nya dengan menjijak kepala orang tua di-rumah. Menjijak kepala orang tua bererti menchemarkan kubor dan roh nenek moyang. Dan orang yang berani sanggup menchemarkan adat istiadat nenek moyang akan di-apit tulang rusok dan tulang dada-nya oleh liang lahad bila masok kubor. Semaun ta’ sanggup menanggong seksaan kubor. Dia juga ta’ sanggup membebankan segala akibat-nya ka-atas kepala isi rumah-nya. Dia tidak ingin tulang rusok dan tulang dada keluarga-nya di-apit2 oleh tanah merah. Dia ingin hidup tenteram. Dia ingin mati tenteram.”

“Ta’ beri tanah itu berehat barang sadikit pun. Habis tanam, tanam lagi. Habis tanam, tanam lagi. Mana boleh tahan. Kita manusia pun kalau terus menerus bergelut dalam baroh, lama kelamaan kurus kering.” -Pa’ Kasa

“Tanah itu untok di-tanam… Lain kerja tanah itu tidak ada. Kerja-nya menyuborkan padi untok kita. Lagi pula mana-lah dia tahu sama ada seksa atau tidak. Nyawa-nya ta’ ada. Dia bukan hidup.” -Pa’ Senik

“Pa’ Senik ta’ boleh menganggap bendang itu tanah biasa itu tanah biasa sahaja. Tanah itu bukan macham tanah jalan raya yang sa-tiap detik di-jamah najis, sa-tiap ketika di-henyak oleh manusia yang sa-ribu satu ragam. Ini tanah pusaka. Ini tanah dato’ nenek moyang. Ini tanah penyambong nyawa mereka. Ta’ ada tanah bendang bererti ta’ ada padi. Ta’ ada padi bererti ta’ ada manusia dalam Banggul Derdap ini. Tanah itu menolong kita. Kita pula mesti menolong-nya.” -Semaun

“Mereka tidak tahu. To’ nenek kita semua-nya pekak2. Sekarang bukan zaman to’ nenek moyang lagi. Sekarang bukan zaman orang puteh. Sekarang kita sudah merdeka. Kita perintah diri kita sendiri. Dan kita-lah mesti menolong diri kita sendiri.” -Pa’ Senik

Dalam Rentong, Shahnon Ahmad telah membakar adat. Sehingga rentung.

CATATAN: Aku teringin mahu tonton filem adaptasi daripada novel ini, Harimau Harimau arahan Salleh Ben Joned.

Ulasan