Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SHAHNON AHMAD

Harum Vakum

Imej
Cerpen "00000000000" yang membuatku tidak tentu arah mencari sesuatu yang tidak ada. "DI manakah O.? ... Di manakah O.?" soal Pak Agus R. Sarjono berulang kali dengan membulatkan matanya. Rokok yang terjepit di jarinya berhenti menyala - barangkali menanti jawapan juga. "Saya juga tak tahu, pak. Sebetulnya O. tidak harus, tidak boleh ditemukan." Esei " Bertemu O.: Mencipta Ketiadaan " dihasilkan di pertengahan Program Penulisan Mastera: Esai di Bandung, Indonesia tempohari. Entah kenapa saya, Ainunl Muaiyanah, dan Za'im Yusoff ingin benar mengerjakan esei baharu. Kami seakan-akan semakin renggang dengan esei masing-masing yang telah dibincangkan - dan digojlok - sepanjang bengkel. Barangkali esei-esei "lama" yang dihantar dan dipersembahkan ini sudah tidak "ngam". Ada idea-idea baharu yang memercik dalam kepala untuk dinyalakan atas kertas. Tatkala dingin malam bergaul dengan hangat secawan jahe, terngi...

13 Novela 2018

Imej
KERANA kita sudah pun jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerpen, apa yang dikatakan sebuah novel; bagaimana pula dengan novela? Adakah urat cerpen yang diregang sehabis-habisnya sehingga sering sahaja berdenyut seperti sebuah novel? Daripada seleksi beragam ini - daripada yang paling pulp sehingga yang paling serius, paling falsafi; yang paling Latin Amerikana sehingga yang paling Nusantara, paling Malaysiana; yang paling konvensional sehingga yang paling eksperimental; dulu-dulu sehingga kontemporari - antara yang terkesan, yang di(ulang)baca pada tahun ini: The Stranger , oleh Albert Camus Untuk tahun kedua aku mengulang bacanya: " Ibuku mati hari ini. " Siapa yang tidak terpikat untuk meneruskan pembacaan? Meursault terasing di tanah Algier (dia orang Perancis); terasing dengan emosi (dia tidak menangis atau berasa sedih pada hari kematian dan pengebumian ibunya); terasing dengan agama (dia tidak mempercayai tuhan); dan kerana terasing dengan norma o...

Selongkar Shahnon: Semaun-Kasa vs. Senik

Imej
Rentong  (1965) “SEMAUN terpaksa membantah. Chadangan Pa’ Senik chadangan orang yang inginkan kekayaan yang chepat melalui jalan churang. Sial tujoh turunan kalau di-terima. Semaun tetap tidak terima walau sa-kerat beras sa-kali pun. Dia ta’ sanggup menjijak adat turun temurun itu. Menjijak adat to’ nenek sama-lah erti-nya dengan menjijak kepala orang tua di-rumah. Menjijak kepala orang tua bererti menchemarkan kubor dan roh nenek moyang. Dan orang yang berani sanggup menchemarkan adat istiadat nenek moyang akan di-apit tulang rusok dan tulang dada-nya oleh liang lahad bila masok kubor. Semaun ta’ sanggup menanggong seksaan kubor. Dia juga ta’ sanggup membebankan segala akibat-nya ka-atas kepala isi rumah-nya. Dia tidak ingin tulang rusok dan tulang dada keluarga-nya di-apit2 oleh tanah merah. Dia ingin hidup tenteram. Dia ingin mati tenteram.” “Ta’ beri tanah itu berehat barang sadikit pun. Habis tanam, tanam lagi. Habis tanam, tanam lagi. Mana boleh tahan. Kita manusi...