Kini dan Lampau

(Sumber)
Kini dan Lampau
Oleh Billy Collins

Penyair dinasti Tsong ini berduka lara
bayu pun mengeluh
seekor angsa pula melepasi kepala
dan dia keseorangan di atas air di dalam perahu kecil.

Andai dia menghargai kehidupan
China pada abad kesebelas
seperti yang aku hargai
tiada dentum kartun di tivi
tiada muzik dari trak ais krim
hanya panggilan beburung
dan aliran seragam jam air.

Terjemahan Azrin Fauzi

CATATAN: Dalam puisi ini, aku tidak pasti sama ada dia menghantar kita ke ruang/masa lampau, atau menghadirkan ruang/masa lampau itu di hadapan kita. Tetapi yang penting, dia telah menyedarkan kita untuk bersyukur -yang kita masih punya ruang, dan masih punya masa.

Ulasan