Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

13 Novela 2018

Imej
KERANA kita sudah pun jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerpen, apa yang dikatakan sebuah novel; bagaimana pula dengan novela? Adakah urat cerpen yang diregang sehabis-habisnya sehingga sering sahaja berdenyut seperti sebuah novel? Daripada seleksi beragam ini - daripada yang paling pulp sehingga yang paling serius, paling falsafi; yang paling Latin Amerikana sehingga yang paling Nusantara, paling Malaysiana; yang paling konvensional sehingga yang paling eksperimental; dulu-dulu sehingga kontemporari - antara yang terkesan, yang di(ulang)baca pada tahun ini: The Stranger , oleh Albert Camus Untuk tahun kedua aku mengulang bacanya: " Ibuku mati hari ini. " Siapa yang tidak terpikat untuk meneruskan pembacaan? Meursault terasing di tanah Algier (dia orang Perancis); terasing dengan emosi (dia tidak menangis atau berasa sedih pada hari kematian dan pengebumian ibunya); terasing dengan agama (dia tidak mempercayai tuhan); dan kerana terasing dengan norma o...

Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan

Imej
Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam  Satantango (1994). MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang  hidup  di kampung ini ialah kematian itu sendiri. Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tegap apabila berdenyut dengan kematian, kadangkala hadir dengan wajah malapetaka – tulisan-tulisan László Krasznahorkai tidak terkecuali di mana malapetaka sentiasa menunggu pembaca di balik halamannya. Cuma sebelum menemuinya dalam novel  Satantango , kita dipelawa untuk menari dahulu dengan syaitan-syaitan yang menghuni perkampungan estet ini. Barangkali membuka langkah pertama dengan Futaki: “ Suatu pagi di hujung Oktober tidak berapa lama sebelum rintik pertama hujan musim ...

"Teater Modular": Blok-blok Cerita dalam Ledakan Teater Mandiri

Imej
“TEATER adalah pertemuan sastera dan arsitektur,” kata Ridhwan Saidi dan apa lagi yang lebih tepat untuk menyimpulkan pengalaman menikmati persembahan teater di dalam sebuah gudang lama? Setelah mementaskan sembilan drama pendek ( playlet ) pada tahun lalu,  Teater Modular  kali ini dibina daripada empat drama pendek yang terakhir (menjadikan kesemuanya 13 buah, setiap satunya berdurasi sekitar 15-20 minit); naskhah yang ditulis oleh Ridhwan Saidi ini masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri yang merentas ke serata spektrum isu daripada hal-hal domestik yang melegari pasangan suami-isteri, komuniti sehinggalah hal-hal transendental yang mencari makna mati. Modul 10: “Sudah terang lagi bersuluh, kematian itu klise. Bila mati segala makna hilang, dan bukankah klise itu kematian makna?!” “Erti Mati” arahan Amirul Syakir menjadikan perbualan di meja makan ( table-talk ) setenang mungkin – tetapi genting! – antara malaikat Izrail (Faris Zainor) dengan jin be...

Tulisan di Atas Tilam

Imej
Chantal Akerman dalam Je Tu Il Elle (1974). Cerpen "Brutaniskala" dalam  Mingguan Malaysia  7 Oktober 2018. Cerita: Tentang seorang sarjana senibina yang terperangkap di dalam binaan Brutalis rekaan seorang arkitek buta (kebutaan arkitek ini barangkali bertitik-tolak daripada kata-kata Juhani Pallasmaa, yang menegaskan bahawa senibina bukan okularsentrik - seni yang tidak bergantung pada deria mata semata-mata.) Dan walaupun hanya ada dua watak yang terperangkap di dalam ruang ini, mereka tidak berinteraksi. Masing-masing hanya berinteraksi - atau berdialog - dengan ruang/senibina yang memerangkap mereka; " Betapa binaan tidak pernah berganjak daripada berhubungan dengan tubuh; senibina dan tubuh harus terus berdialog. " Imej dan lain-lain: Ditulis dengan semangat foto-foto hitam-putih yang berkersik dan suram, persis permukaan binaan konkrit Brutalis yang kasar dan selekeh. Tetapi kekasaran dan keselekehan itulah keindahan yang saya cari. Keran...

Grotes Sebuah Gua

Imej
Cerpen "Anganbayangan". Filem bikinan Jamil Sulong (1959). Ada satu lagi filemnya yang teringin saya tonton:  Isi Neraka (1960). YANG mengingatkan saya tentang folklor "Batu Belah Batu Bertangkup" pada awalnya bukanlah semata-mata gua yang menelan tubuh rajuk seorang ibu, tetapi lebih kepada apa yang diceritakan oleh ibu saya sendiri sebelum tidur ketika kecil dahulu. Pada waktu itu, keresahan - dan ketakutan - saya tidaklah bertitik-tolak daripada rinci-rinci ceritanya melainkan lebih menganggapnya sebagai 'amaran': agar tidak melukai hati ibu. Kerana dia boleh merajuk. Sehinggalah saya tertonton kembali filem bikinan Jamil Sulong (1959), terutama 30 minit pertamanya. Tatkala anak perempuan si ibu mengambil beberapa helai rambut ibunya yang mengurai di luar gua; gua ini bukan sahaja 'menelan', yang membuatkan tubuh si ibu diperangkap di dalamnya, malah turut menghancurkan tubuh wanita itu (paling tidak kepalanya!) Suatu grotes yang y...

Prosa Pendek Dari Separa Pulau

Imej
"Hitherto" dalam litzin Kerja Tangan Isu O . ( Kredit ) CATATAN: "Ada sesuatu tentang menara jam Victoria di Lebuh Light itu: adakah pulau ini akan kekal dalam kekinian jika jarumnya terhenti?" soalku kepadanya sewaktu berjalan-jalan iseng di sekitar George Town pada suatu malam setelah

Di Mana Kausimpan Noktahmu, László?

Imej
László Krasznahorkai MENGENALI seorang pengarang boleh sahaja semudah melintas ayat pertama daripada bukunya. Dan itulah yang berlaku tatkala saya melewati Satantango dan The Melancholy of Resistance oleh pengarang dari Hungary ini. "Since the passenger train connecting the icebound estates of the southern lowlands, which extend from the banks of the Tisza almost as far as the foot of the Carpathians, had, despite the garbled explanations of a haplessly stumbling guard and the promises of the stationmaster rushing nervously on and off the platform, failed to arrive ('Well, squire, it seems to have disappeared into thin air again ...' the guard shrugged, pulling a sour face), the only two servicable old wooden-seated coaches maintained for just such an 'emergency' were coupled to an obsolete and unreliable 424, used only as a last resort, and put to work, albeit a good hour and a half late, according to a timetable to which they were not bound and which was...

Selamat Datang Ke George Town

Imej
Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. INI kali ketiga (atau keempat) saya merelakan darah saya dihisap oleh Kelawar Pulau Pinang . Dan itulah harga yang perlu dibayar setiap kali saya datang ke George Town (atau Tanjung) Ahmad Rashid Talu. Jika kunci kota Kuala Lumpur ada pada Abdullah Hussain melalui Kuala Lumpur Kita Punya (1967), saya berani katakan kunci kota George Town ada pada salah seorang novelis terawal yang telah membuka pintu prosa moden dalam susastera Melayu kita ini, kerana: 1. Membaca Perangkap Hitam ialah melihat perarakan cingge di simpang Carnarvon Street dengan Prangin Road. 2.  Membaca  Perangkap Hitam  ialah menaiki motokar Overland Rapid Two-Seater keliling Tanjung. 3. Membaca  Perangkap Hitam  ialah tawar-menawar semasa membeli buah di Chowrasta Market. 4.  Membaca  Perangkap Hitam  ialah mengintai pelacur-pelacur menunggu habuan di Penang Road. 5.  Membaca  Perangkap Hitam ...