Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ESEI

Cerpen Avant-garde: "Bagaimana Kalau..." Atau Dialog-dialog Diam Di Dalam Mesin Penghancur Cereka

Imej
Zero & Not (1989), oleh Joseph Kosuth dan Liege (1989), oleh Franz West. BAGAIMANA kalau, kerana sudah begitu lama tidak dibangkitkan, kita mempertanya semula, “Apa yang dikatakan sebagai sebuah cerpen?” : Saya sempat berkunjung ke sebuah acara seni dan buku alternatif yang dilangsungkan di Galeri Annexe, Pasar Seni sekitar 2011 dahulu. Dan saya sempat membawa pulang senaskhah antologi cerpen dengan judul dan kulit buku yang melahirkan curiga. Juga sempat menghabiskan bacaan salah sebuah cerpen yang dipilih secara rambang ketika di dalam tren. Sebuah cerpen dengan sependek-pendek cerita tentang protagonis yang dipanggil untuk mengejar seseorang sebaik sahaja dia keluar dari panggung wayang sehinggalah dia tiba semula di luar panggung wayang lantas memanggil dirinya yang baru sahaja keluar untuk ikut sama mengejar seseorang; sebuah cerpen yang dipanjangkan pula dengan pengulangan cerita tetapi dalam gaya-gaya yang berbeza; sebuah cerpen yang mendesak untuk terus-menerus dikejar pote...

Memori, dan Bangkai Tak Tertanggung

Imej
Antara foto yang menginspirasikan Basuki Basri untuk  Bangkai Tak Tertanggung . MENGARANG cerpen "Otomemoria" ( Dewan Sastera , Julai 2021 )  adalah untuk menyeni dengan memori dan kelajuan; mempertimbang jarak dan waktu dengan kematian. Mengarang cerpen ini adalah untuk saya  melepasbebaskan memori. Membiarkan ia terbentuk sendiri. Bertitik-tolak daripada sebuah catan Basuki Basri berjudul Otomemoria . Saya tertarik bagaimana sekeping foto yang diberi judul Bangkai Tak Tertanggung  (turut difoto oleh Basuki Basri, dan konteksnya telah saya jelaskan dalam cerpen) menjadi sebahagian daripada catan dengan bahantara campuran ini. Imej-imej industrial  (dengan segala kekerasannya) berpadu dengan sapuan gestural (dengan lembut lincahnya) daripada akrilik yang bertumpang tindih ( superimpose ) pada sebahagian besar permukaan kanvas seakan-akan kitaran, seakan-akan mengilusikan kelajuan (sebagai memori yang akan dan sedang dibentuk) dan getaran yang mengelilingi dan be...

(Tubuh): Manual Yang Tumbuh Dalam Kurungan

Imej
( Setelah tiga puluh hari kita menumpaskan wabak di luar sana dari dalam rumah sendiri. ) Cemetery of Splendour (2015) bikinan Apichatpong Weerasethakul. JIKA ada apa-apa yang boleh saya pegang dari waktu menuntut di sekolah perubatan dahulu (tidak selesai) tidak lain hanyalah ingatan kepada kelas anatomi. Kelas yang paling saya gemari. Kelas di mana setiap kumpulan berempat (betapa akrabnya angka ini dengan kematian) diberi sekujur tubuh untuk diteliti sehabis-habisnya dari kulit ke tulang - sehingga lunyai. Kelas di mana kami yang berjiwa curiga berjam-jam mahu terus berdamping tanpa jemu - dan tanpa takut - dengan dia . Di mana kami mengenal tubuh orang lain melebihi tubuh sendiri. Suatu kontradiksi sepertimana saat ini kita riuh melawan wabak yang senyap di luar sana dari dalam kediaman sendiri. Seolah saya memilih untuk bertindak dengan tidak melakukan apa-apa. Tetapi benarkah saya tidak buat apa-apa? Untuk seorang yang sepanjang waktu di tapak pembinaan, mempersiap tubu...

Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan

Imej
Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam  Satantango (1994). MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang  hidup  di kampung ini ialah kematian itu sendiri. Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tegap apabila berdenyut dengan kematian, kadangkala hadir dengan wajah malapetaka – tulisan-tulisan László Krasznahorkai tidak terkecuali di mana malapetaka sentiasa menunggu pembaca di balik halamannya. Cuma sebelum menemuinya dalam novel  Satantango , kita dipelawa untuk menari dahulu dengan syaitan-syaitan yang menghuni perkampungan estet ini. Barangkali membuka langkah pertama dengan Futaki: “ Suatu pagi di hujung Oktober tidak berapa lama sebelum rintik pertama hujan musim ...

"Teater Modular": Blok-blok Cerita dalam Ledakan Teater Mandiri

Imej
“TEATER adalah pertemuan sastera dan arsitektur,” kata Ridhwan Saidi dan apa lagi yang lebih tepat untuk menyimpulkan pengalaman menikmati persembahan teater di dalam sebuah gudang lama? Setelah mementaskan sembilan drama pendek ( playlet ) pada tahun lalu,  Teater Modular  kali ini dibina daripada empat drama pendek yang terakhir (menjadikan kesemuanya 13 buah, setiap satunya berdurasi sekitar 15-20 minit); naskhah yang ditulis oleh Ridhwan Saidi ini masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri yang merentas ke serata spektrum isu daripada hal-hal domestik yang melegari pasangan suami-isteri, komuniti sehinggalah hal-hal transendental yang mencari makna mati. Modul 10: “Sudah terang lagi bersuluh, kematian itu klise. Bila mati segala makna hilang, dan bukankah klise itu kematian makna?!” “Erti Mati” arahan Amirul Syakir menjadikan perbualan di meja makan ( table-talk ) setenang mungkin – tetapi genting! – antara malaikat Izrail (Faris Zainor) dengan jin be...