(Tubuh): Manual Yang Tumbuh Dalam Kurungan
(Setelah tiga puluh hari kita menumpaskan wabak di luar sana dari dalam rumah sendiri.)
JIKA ada apa-apa yang boleh saya pegang dari waktu menuntut di sekolah perubatan dahulu (tidak selesai) tidak lain hanyalah ingatan kepada kelas anatomi. Kelas yang paling saya gemari. Kelas di mana setiap kumpulan berempat (betapa akrabnya angka ini dengan kematian) diberi sekujur tubuh untuk diteliti sehabis-habisnya dari kulit ke tulang - sehingga lunyai. Kelas di mana kami yang berjiwa curiga berjam-jam mahu terus berdamping tanpa jemu - dan tanpa takut - dengan dia. Di mana kami mengenal tubuh orang lain melebihi tubuh sendiri. Suatu kontradiksi sepertimana saat ini kita riuh melawan wabak yang senyap di luar sana dari dalam kediaman sendiri. Seolah saya memilih untuk bertindak dengan tidak melakukan apa-apa. Tetapi benarkah saya tidak buat apa-apa? Untuk seorang yang sepanjang waktu di tapak pembinaan, mempersiap tubuh bangunan, memanglah tiada kerja yang boleh dibuat di rumah. Daripada kata anatomi yang bergalur daripada potongan kata Latin ana dan tomia, di mana tomia pula terus berdenyut daripada kata Yunani temnein ("untuk memotong"), saya cuba membelah dan membedah tindak tubuh sepanjang "tak buat apa-apa" ini:
Cemetery of Splendour (2015) bikinan Apichatpong Weerasethakul. |

(Kaki) memijak sehelai rambut di lantai. Tak terlintas di kepala di mana perjalanan paling panjang telah pun berlaku di dalam rumah. Dan kasut, ada kesepian yang bersembunyi di dalam - kesepian berpasangan.
(Lengan) mendepakan kemalasan seluas-luasnya.
(Lengan) mendepakan kemalasan seluas-luasnya.
(Jari) menyelak helaian demi helaian kertas, sehingga terhiris. The Other Name: Septology I-II antara yang terbaik dibaca pada tahun ini. Cerita-cerita doppelgänger akan sentiasa curi tumpuan. Jon Fosse, jari-jariku akan menarik ayat-ayat berjelamu lagi. Orang-orang Bloomington yang disua oleh Wan Nor Azriq kepada saya di sebuah kafe suatu malam, seolah menjentik ingatan sewaktu menjadi anak rantau; cerita-cerita domestik dari mata "orang luar" - kecamuk dingin yang mendamaikan. Kota Para Insomnia melepaskan rindu kepada tulisan-tulisan Mohd. Azmen setelah hiatus (masih berjaga?) Enrique Vila-Matas pula benar-benarlah telah menghulurkan apa yang saya mahu - dan perlu - saat ini: The Illogic of Kassel yang menggenggam erat seni avant-garde dan susastera. Dan Buka Pintu Kiri, ah, saya menyesal kerana begitu awal menutupnya. Buku puisi siapa pula yang perlu dibaca lepas ini?
(Hidung) menghidu-hirup kelapangan ini sepuas-puasnya.
(Hidung) menghidu-hirup kelapangan ini sepuas-puasnya.
(Mata) mengintai ibu memasak di dapur. Di balkoni: meneropong kereta-kereta sesat di simpang, tak jumpa jalan pulang. Dari ruang tamu ke dalam bilik: 1. Queen & Slim (2019). 2. Black Girl (1966). 3. The Invisible Man (2020). 4. Vivarium (2019). 5. Richard Jewell (2019). 6. Platform (2019). 7. Rabid (1977). 8. Under the Silver Lake (2018). 9. The Blackcoat's Daughter (2015). 10. The Hole in the Ground (2019). 11. Sikit Punya Gila (1982). 12. Kami (1982). 13. Harakiri (1962). 14. As Boas Maneiras (2017). 15. Systemprenger (2019). 16. Victoria (2015). 17. Climax (2018). 18. Dark Waters (2019). 19. Kinetta (2005). 20. Portrait of a Lady on Fire (2019). 21. The Cremator (1968). 22. Stefan Zweig: Farewell to Europe (2016). 23. The End of the F***ing World Season 2 (2019). 24. True Detective Season 3 (2019). 25. Bacurau (2019). 26. Escape From Pretoria (2020). 27. Happy As Lazzaro (2018). 28. Pain and Glory (2019). 29. Monos (2019). 30. Little Women (2019). 31. Scorpio Nights (1985). 32. Birds of Prey and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn (2020). 33. The Crimson Kimono (1959). 34. Bunny Lake Is Missing (1965). 35. Shadows (1959). 36... 37... 38... Filem akan sentiasa memutarkan mata untuk nampak yang lain. Di dalam tandas: menatap mata. Di dalam anak mata: ada galaksi dari masalalu. Seorang angkasawan terpinga-pinga.
(Bibir) mengucup masakini dengan penuh bernafsu.
(Bibir) mengucup masakini dengan penuh bernafsu.
(Telinga) menangkap derap langkah jiran di atas; oh... air dari paip di dalam dinding pun deras mengalir. Mendengar dengkur kucing jiran di sebelah kiri yang bersenang-senang. Mendengar gesek rel elarti mematikan riuh jiran di sebelah kanan yang belum balik. Memburu sayup siren ambulans yang kelelahan. Mengintip perbualan semut-semut di belakang balang gula. Menebak apa yang disembangkan dinding dengan dinding. Menepis bisik-bisik tulisan yang merayu untuk disiapkan (Satu daripada dua buah cerpen telah terbit, satu lagi menunggu dalam kesangsian: tersiarkah? Dan manuskrip kumpulan cerpen: izinkan sepasang telinga meraikan kesudahannya dengan gema Meddle yang bergentayangan.) Merenggut suara dari masadepan. Akhirnya, dapat didengar nafas lega sebuah kota yang sedang berehat.
(Lidah dan gigi) merasa, mengunyah dan konsum selagi bermaya. Dengan kaki, dengan lengan, dengan jari, dengan hidung, dengan mata, dengan telinga, dengan apa-apa.
(Rambut)? Perlukah dipotong? Biarkan terus tumbuh dan melebat persoalan: berapa lama lagi?
CATATAN: Tubuh yang terkurung, atau yang terkurung di dalam tubuh untuk dilepasbebaskan? Saya teringat akan filem Cemetery of Splendour, di mana para tentera yang tak sedarkan diri kerana dijangkiti penyakit misteri ditempatkan di sebuah pusat rawatan sementara, dan mereka sebenarnya - atau sekurang-kurangnya Apichatpong membenarkan untuk kita percaya - sedang berperang di dunia purba 'di bawah' sana!
Ulasan
Catat Ulasan