Catatan

Suara Yang Merekahkan Kulit Pupa

Imej
Amok-Imago.  Kuala Lumpur: Nusa Centre, 2022.   "Penerokaan gaya baharu yang mengapungkan realiti di ruang 'di antara ada dengan tiada.'" Laporan Panel Penilai Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang 2023 Kategori A (Cerpen) "Sangat Deleuzian." Dr. Norman Yusoff, dalam acara "Amok-Imago: (Diskusi) + Dialog-dialog Diam"  di Galeri RumahLukis "Saya tak faham tapi saya suka dengan bahasanya." S. M. Zakir,  dalam acara "Amok-Imago: (Diskusi) + Dialog-dialog Diam"  di Galeri RumahLukis "Rasanya Azrin Fauzi dah berada setakah lebih tinggi daripada mana-mana cerpenis Malaysia dengan naskhah ini." Lokman Hakim, via Shopee "Bertemu dengan serpihan diri Azrin." Sheera Ghafar, via Goodreads "Semacam adakah aku baca karya fiksyen? Bukan fiksyen? Hibrid?" Hadi Muss, via Goodreads "... antara sedar dan tak sedar." Ana, via Instagram "Eksperimental dan meditatif." Hadi M. Nor, via Goodreads "...

Cerpen Avant-garde: "Bagaimana Kalau..." Atau Dialog-dialog Diam Di Dalam Mesin Penghancur Cereka

Imej
Zero & Not (1989), oleh Joseph Kosuth dan Liege (1989), oleh Franz West. BAGAIMANA kalau, kerana sudah begitu lama tidak dibangkitkan, kita mempertanya semula, “Apa yang dikatakan sebagai sebuah cerpen?” : Saya sempat berkunjung ke sebuah acara seni dan buku alternatif yang dilangsungkan di Galeri Annexe, Pasar Seni sekitar 2011 dahulu. Dan saya sempat membawa pulang senaskhah antologi cerpen dengan judul dan kulit buku yang melahirkan curiga. Juga sempat menghabiskan bacaan salah sebuah cerpen yang dipilih secara rambang ketika di dalam tren. Sebuah cerpen dengan sependek-pendek cerita tentang protagonis yang dipanggil untuk mengejar seseorang sebaik sahaja dia keluar dari panggung wayang sehinggalah dia tiba semula di luar panggung wayang lantas memanggil dirinya yang baru sahaja keluar untuk ikut sama mengejar seseorang; sebuah cerpen yang dipanjangkan pula dengan pengulangan cerita tetapi dalam gaya-gaya yang berbeza; sebuah cerpen yang mendesak untuk terus-menerus dikejar pote...

Memori, dan Bangkai Tak Tertanggung

Imej
Antara foto yang menginspirasikan Basuki Basri untuk  Bangkai Tak Tertanggung . MENGARANG cerpen "Otomemoria" ( Dewan Sastera , Julai 2021 )  adalah untuk menyeni dengan memori dan kelajuan; mempertimbang jarak dan waktu dengan kematian. Mengarang cerpen ini adalah untuk saya  melepasbebaskan memori. Membiarkan ia terbentuk sendiri. Bertitik-tolak daripada sebuah catan Basuki Basri berjudul Otomemoria . Saya tertarik bagaimana sekeping foto yang diberi judul Bangkai Tak Tertanggung  (turut difoto oleh Basuki Basri, dan konteksnya telah saya jelaskan dalam cerpen) menjadi sebahagian daripada catan dengan bahantara campuran ini. Imej-imej industrial  (dengan segala kekerasannya) berpadu dengan sapuan gestural (dengan lembut lincahnya) daripada akrilik yang bertumpang tindih ( superimpose ) pada sebahagian besar permukaan kanvas seakan-akan kitaran, seakan-akan mengilusikan kelajuan (sebagai memori yang akan dan sedang dibentuk) dan getaran yang mengelilingi dan be...

Liuk Tubuh Dalam Dua Layar

Imej
  Futej daripada Kucumbu Tubuh Indahku (2018). Kucumbu Tubuh Indahku (2018) bikinan Garin Nugroho Perjalanan mencari maskuliniti dengan seni (tari dan sinema, sekali gus buat kita) kerana Juno sejak kecil (Raditya Evandra) lagi sudah dihilangkan figura bapanya dek pembantaian 1965; dalam tidak sedar, coming-of-age ini dalam meruntuh dan membina semula apa yang dikatakan jantan (seperti yang disedarkan oleh guru tari Lengger di kampungnya tentang nama yang diambil daripada Arjuno dalam Mahabharata itu pun melambangkan kejantanan, menjadi semacam beban yang harus dibawa), meliuk-lenturkan gender dari kisah yang diadaptasi daripada hidup sebenar penari Lengger, Rianto. Kerana gender yang tidak duduk diam ini, juga kompas seksualiti yang tercari-cari arahnya, hidup Juno tidak tetap, beralih-alih dari satu kampung ke kampung yang lain. Dan peralihan ini dikembangkan dengan transformasi anak kecil ini mengenali layanan orang-orang di sekelilingnya, mengenali layanannya terhadap tubuhn...

(Tubuh): Manual Yang Tumbuh Dalam Kurungan

Imej
( Setelah tiga puluh hari kita menumpaskan wabak di luar sana dari dalam rumah sendiri. ) Cemetery of Splendour (2015) bikinan Apichatpong Weerasethakul. JIKA ada apa-apa yang boleh saya pegang dari waktu menuntut di sekolah perubatan dahulu (tidak selesai) tidak lain hanyalah ingatan kepada kelas anatomi. Kelas yang paling saya gemari. Kelas di mana setiap kumpulan berempat (betapa akrabnya angka ini dengan kematian) diberi sekujur tubuh untuk diteliti sehabis-habisnya dari kulit ke tulang - sehingga lunyai. Kelas di mana kami yang berjiwa curiga berjam-jam mahu terus berdamping tanpa jemu - dan tanpa takut - dengan dia . Di mana kami mengenal tubuh orang lain melebihi tubuh sendiri. Suatu kontradiksi sepertimana saat ini kita riuh melawan wabak yang senyap di luar sana dari dalam kediaman sendiri. Seolah saya memilih untuk bertindak dengan tidak melakukan apa-apa. Tetapi benarkah saya tidak buat apa-apa? Untuk seorang yang sepanjang waktu di tapak pembinaan, mempersiap tubu...

Homo digitalia

Imej
BOLEHKAH karya seni bernafas di luar galeri: ya dan tidak. Saya baru sahaja pulang dari sebuah pameran di Rumah AQL . Terus terang saya katakan, saya tidak berasa apa-apa. Menjadi perjalanan kosong di sekitar sarat imej seni. Yang sepatutnya - saya lebih rela - mengikuti perjalanan padat kalaupun berlegar di ruang kosong. Saya teringat akan narator dalam The Illogic of Kassel tulisan Enrique Vila-Matas, di mana sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah ruang kosong yang sepatutnya mempamer kerja-kerja seni: "Faced with such emptying out I couldn't help but remember the Sunday morning a few years back now when they open the newly built museum of contemporary art in Barcelona (the MACBA) to the public with evident haste; they threw it open  to the citizens, but without pictures, not a single painting or sculpture, nothing inside it. The people of Barcelona wandered through the museum admiring the white walls, the solidity of the construction, and other architectural de...

Harum Vakum

Imej
Cerpen "00000000000" yang membuatku tidak tentu arah mencari sesuatu yang tidak ada. "DI manakah O.? ... Di manakah O.?" soal Pak Agus R. Sarjono berulang kali dengan membulatkan matanya. Rokok yang terjepit di jarinya berhenti menyala - barangkali menanti jawapan juga. "Saya juga tak tahu, pak. Sebetulnya O. tidak harus, tidak boleh ditemukan." Esei " Bertemu O.: Mencipta Ketiadaan " dihasilkan di pertengahan Program Penulisan Mastera: Esai di Bandung, Indonesia tempohari. Entah kenapa saya, Ainunl Muaiyanah, dan Za'im Yusoff ingin benar mengerjakan esei baharu. Kami seakan-akan semakin renggang dengan esei masing-masing yang telah dibincangkan - dan digojlok - sepanjang bengkel. Barangkali esei-esei "lama" yang dihantar dan dipersembahkan ini sudah tidak "ngam". Ada idea-idea baharu yang memercik dalam kepala untuk dinyalakan atas kertas. Tatkala dingin malam bergaul dengan hangat secawan jahe, terngi...