Gerabak yang Menerobos Waktu
Stesen Potsdamer Platz, Berlin (2013) |
Semasa kecil dahulu, sering juga aku sekeluarga pulang ke kampung (di Pulau Pinang) dengan menaiki keretapi. Ya, perjalanan lapan ke sembilan jam dari Kuala Lumpur ke Butterworth adalah suatu perjalanan yang melengah-lengahkan, dan adakalanya melelahkan. Tetapi hal ini tidaklah terlalu dirasai oleh budak naif yang akan sentiasa teruja dengan pemandangan-pemandangan yang bergerak pada tingkap keretapi dan snek-snek enak daripada penjual yang berulang kali lalu di sepanjang koridor di dalam gerabak.
Itu kisah dari dalam keretapi.
Tetapi bagaimana pula dengan tren-tren di dalam bandar, seakan urat-urat saraf yang menyelirati jasad Lembah Klang ini? Masihkah kita mampu untuk melengahkan waktu? Mungkin ya. Atau mungkin tidak.
Semasa di Berlin beberapa tahun yang lalu, aku menyedari yang kebanyakan warga kotanya begitu pantas sekali berjalan. Sungguh bertenaga sekali langkah mereka. Terutamanya semasa dalam perjalanan menapak ke stesen-stesen metro (U-Bahn). Adakah mereka sedang mengejar waktu? Atau cuba lari dari waktu? Dan aku juga menyedari yang “urat-urat saraf” ini dibenam di dalam jasad kotanya. Interaksi manusia-manusia di dalam dengan persekitaran di luar tren mati. Jendela sudah tidak lagi berfungsi. Alam di luar gelita. Hitam. Yang ada pada cermin-cermin gelap itu hanyalah refleksi penumpang-penumpang yang padat di dalam gerabak. Mungkin sebab itulah hampir kesemua penumpangnya (ya, hampir kesemuanya!) memandang teks pada tapak tangan masing-masing -novel, akhbar tabloid, Kindle, etsetera etsetera. Mungkin bahan bacaan ini menjadi jendela baru untuk mereka lihat alam yang lain.
Lain pula halnya dengan Kuala Lumpur. “Urat-urat sarafnya” menyelirat megah di luar jasad kotanya. Sepanjang berdiri di dalam LRT, mata aku berpeluang menangkap dari senibina Art Deco Pasar Seni dan moden Islamik Kompleks Dayabumi, ke Neo-Moorish Bangunan Keretapi Tanah Melayu, sehinggalah ke pascamoden “pucuk rebung” Menara Telekom semasa LRT sampai di Kerinchi. Tetapi hal ini bukanlah berlaku sepanjang masa. Kerana semasa LRT melalui Pasar Seni, kadangkala pandangan aku lebih tertarik pula ke arah Rumah Tumpangan Starlight. Tetapi benarkah dengan jalur landasan sebegini, mata kita akan sentiasa meliar ke luar tingkap?
Dalam sebuah cerpen Murakami, The Window, ada bahagian yang membawa kita duduk bersama watak protagonisnya di dalam tren.
"Ten years have gone by, but whenever I pass her neighborhood on the Odakyu Line I think of her and of her crisply grilled hamburger steak. I look out at the buildings ranged along the tracks and ask myself which window could be hers. I think about the view from that window and try to figure out where it could have been. But I can never remember."
Cerpen ini seolah tren yang meluncur laju di atas landasan nostalgia. Semasa tren yang dinaiki protagonisnya melalui bangunan-bangunan apartmen, melalui tingkap tren, matanya mencari-cari jendela apartmen wanita yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu. Dan kita tahu, bukan jendela apartmen wanita itupun yang benar-benar dicari olehnya, tetapi momen-momen lampau. Alam di luar tren adalah sisi-sisi sunyi dan sentimental.

Dalam novelnya pula, iaitu Tsukuru Tazaki Tanpa Warna dan Tahun-Tahun Kembara ada menceritakan tentang protagonisnya yang begitu obses sekali dengan stesen keretapi.
"Melihat keretapi melalui stesen seperti itu ataupun mengurangkan kelajuan sedikit demi sedikit dan berhenti tepat di depan platform amat menggamit perhatiannya. Setiap kali itu berlaku, dia membayangkan para penumpang yang datang dan pergi, pengumuman yang bersiaran di stesen atau bunyi tiupan wisel semasa keretapi bakal berangkat, dan memikirkan gerakan kakitangan stesen keretapi yang seperti lipas kudung. Realiti dan imaginasi saling bertukar-tukar di dalam kepalanya dan tubuhnya bergetar akibat terlalu teruja dengan bayangannya itu. Minatnya ke atas stesen keretapi ini adalah sesuatu yang tidak pernah dapat dia terangkan kepada orang-orang di sekelilingnya."
Di dalam dunia pascamoden ini, keretapi seakan telah diberi nyawa. Dan diberi jiwa. Selain membawa warga kotanya dari satu titik ke titik yang lain, "makhluk mekanikal" ini akan membawa penumpangnya (yang dengan rela hati berhimpit masuk ke dalam perut besinya) ke suatu wilayah baru - wilayah bebas waktu.
Dan dalam Urban pula, tiga cerpen aku: ‘Subuh Tak Berembun di Seremban’, ‘Benarkah Kita Pernah Berjumpa di PJ?’ dan ‘Kota(k)uala Lumpur’ bergerak di dalam latar tren ini. Cerpen ’Subuh Tak Berembun di Seremban’ dan ‘Benarkah Kita Pernah Berjumpa di PJ?’ memang aku tulis dengan mengambil frasa “train of thought’ secara literal dan metaforikal sekali gus. Menaiki tren adalah antara cara aku mengejar ilham untuk menulis selain berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Dan cerpen 'Kota(k)uala Lumpur' ini pula terinspirasi semasa aku merayau di tengah ibu kota lumpur ini pada suatu hari, sambil kotak fikiran aku juga merayau liar di dalam LRT. Waktu yang baik untuk romanticise segala apa tentang gerabak-gerabak yang memberi nyawa (dan jiwa) kepada kotanya ini.

Pada awal tahun ini, cerpen 'Kota(k)uala Lumpur' bersama dengan 19 cerpen daripada penulis-penulis lain telah dipilih untuk dimuatkan dalam buku Cerpen Terbaik 2015 terbitan Buku Fixi.
Cerpen Terbaik 2015 akan dilancarkan pada 2 April 2016 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) sempena Putraja International Book Fair 2016. |
Sebagai pengguna tegar LRT (dari Wangsa Maju ke Kelana Jaya) dan tren-tren lain, mungkin patut aku tulis pula tentang senibina Kuala Lumpur yang mampu kita jengah dari dalam gerabak sepanjang laluan itu. Tetapi apakah erti senibina jika hanya mampu dijengah dari jauh?
CATATAN: Tambang LRT dari Wangsa Maju ke Kelana Jaya sudah naik pula. Celaka betul.
CATATAN: Tambang LRT dari Wangsa Maju ke Kelana Jaya sudah naik pula. Celaka betul.
Assalamualaikum, tahniah atas URBAN YANG GEMPAK! Btw,saya nak bertanya mengenai signifikasi cerpen kota(k) kuala lumpur. Boleh tak awak jelaskan apakah maksud tersirat cerpen tersebut?
BalasPadamWassalam. Semasa menulis cerpen itu, saya hanya mahu berikan imej-imej rutin (dan mundane) semasa menaiki LRT. Tetapi sejauh mana pula benda-benda remeh mampu bawa kita keluar dari kebiasaan tadi? Atau paling kurang, bawa suatu cerita itu lari dari kebiasaan.
PadamApa-apa pun, akhirnya pembacalah yang akan menentukan "maksud" cerita berdasarkan tafsiran sendiri usai baca. :)
Ohh begitu. Wah terlalu indah dunia bahasa ni. Bila difikirkan kembali, memang betul manusia ini terikat dengan kebiasaan. Jadi sedikit keadaan luar kotak akan membawa kepada keberangsangan minda. Hebat 👏🏼 terima kasih ya! Teruskan menulis 😄
BalasPadamSuboh tak berembon really mean something to you right?
BalasPadam