Pengenalan Puisi

Cameo T. Alias Taib, Usman Awang, Salleh Ben Joned dan lain-lain
dalam Mat Som.

Pengenalan Puisi
Oleh Billy Collins

Kusuruh mereka mengambil puisi
dan halakannya ke cahaya
seperti slaid warna

atau merapatkan telinga ke sarangnya.

Kuberkata lepaskan seekor tikus ke dalam puisi
dan lihat macam mana ia berkira-kira untuk keluar,

atau melangkah di dalam bilik puisi
dan meraba dinding-dindingnya demi suis lampu.

Kumahu mereka luncur
menyeberang di permukaan puisi
melambai kepada nama penyair di pantai.

Tapi apa yang mahu mereka lakukan
adalah mengikat puisi pada kerusi dengan tali
dan mendesak daripadanya sebuah pengakuan.

Mereka mula memukulnya dengan belantan
untuk mencari apa yang mahu ia sampaikan.

Terjemahan Azrin Fauzi

CATATAN: Dekatilah puisi dengan kasih dan sayang. Selamat Hari Puisi Sedunia!

Ulasan