Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Perempuan, Isteri dan... Salad

Imej
AKU habiskan novela The Vegetarian ini sambil makan salad Caesar.  Dan apa yang boleh aku katakan, ini hidangan pertama daripada Han Kang yang aku jamah. Rasanya cukup serba-serbi. Tentang Reaksi Di bahagian pertama novela ('The Vegetarian'), kita melihat reaksi mereka yang lain-lain terhadap Yeong-hye. Kita nampak perubahan Yeong-hye dari mata suaminya. Kita nampak perubahan perempuan biasa ini (seperti kata suaminya, Mr. Cheong pada ayat pertama di halaman pertama lagi, “I’d always thought of her as completely unremarkable in every way.” ) perlahan-lahan menjadi luar biasa. Segala-galanya bermula saat watak protagonis kita ini mahu menjadi vegetarian . Atau mungkin segala-galanya bermula dari mimpi. “I had a dream.” -hanya ini yang diberitahu Yeong-hye kepada suaminya saat dia membuang semua makanan berdaging (termasuk susu dan telur!) dari dalam peti sejuk. Mimpi-mimpi grotes mengalir di dalam tidur dengan darah. Berulang-ulang. Protagonis kita sudah ...

Wajah Teshigahara Yang Lain

Imej
THE FACE OF ANOTHER ialah filem kedua Hiroshi Teshigahara yang aku tonton sesudah Woman in the Dunes . Dan setakat ini, Teshigahara sudah jadi pembikin filem Japanese New Wave kegemaran selain Nagisa Oshima, Toshio Matsumoto dan Kaneto Shindo (walaupun baru tonton satu saja filem Shindo, Onibaba ).  Di mata Teshigahara, imej-imej menjadi sureal dan sensual. Watak-wataknya seolah sudah bersedia untuk bernafas di dalam dunia berhawa kemimpiannya. Kita mungkin boleh kenal orang Jepun dalam filem-filem Oshima, Matsumoto dan Shindo. Tetapi dalam filem Teshigahara, orang Jepun hampir tidak wujud. Mereka hanya manusia yang sedang bergelut menggali identiti. Jika Niki Junpei dalam Woman in the Dunes  hanya dikelilingi pasir, Okuyama dalam filem ini pula dikelilingi rasa inferior dan orang-orang asing. Wajahnya menjadi tembok antara masyarakat dengan dirinya. Filem ini bukan sekadar Okuyama yang ingin tukar wajah untuk goda isterinya sendiri. Ia juga tentang wajah orang-orang ...

Dua Esei Instan

Imej
ENTAH macam mana boleh tertulis esei. Bila selongkar semula memori, rasa tergerak hati nak tulis itu datang bilamana dalam seminggu dua itu, aku baru sahaja habiskan kumpulan esei Sontag On Photography dan pulang dari acara Berbual dan Membaca: Astronomi Bilik Mainan , iaitu kumpulan esei pertama Wan Nor Azriq. Mungkin segala-galanya hadir pada ruang-waktu yang tepat bilamana Ridhwan Saidi buka tawaran untuk kontribut tulisan dalam litzin Kerja Tangan yang sedang diusahakannya. Setakat ini, Kerja Tangan sudah sampai ke isu 5. Dan esei aku bolehlah diintai dalam isu 1 dan 5 (boleh klik pautan di bawah untuk bacaan instan!). Kerja Tangan Isu 1 Kerja Tangan Isu 5 CATATAN: Sambung tulis cerpen semula.

Bara/Mawar Layu di Kota Tokyo

Imej
Di balik topeng, wajah menderita sepi. -Toshio Matsumoto,  Bara no Sōretsu (1969) ( Kredit ) CATATAN: Bila ditanya apa filem Japanese New Wave kegemaran, tanpa ragu-ragu akan petik Bara no Sōretsu/ Funeral Parade of Roses  selain Death by Hanging (1968) dan The Face of Another (1966).

Gerabak yang Menerobos Waktu

Imej
Stesen Potsdamer Platz, Berlin (2013) AKU singgah ke Kritikus Sastera tempoh hari dan sebuah entri telah mencuri perhatian aku. Wan Nor Azriq ada menyebut dalam blognya  itu bahawa manusia-manusia yang menaiki keretapi adalah mereka yang memilih untuk melengahkan waktu. Semasa kecil dahulu, sering juga aku sekeluarga pulang ke kampung (di Pulau Pinang) dengan menaiki keretapi. Ya, perjalanan lapan ke sembilan jam dari Kuala Lumpur ke Butterworth adalah suatu perjalanan yang melengah-lengahkan, dan adakalanya melelahkan. Tetapi hal ini tidaklah terlalu dirasai oleh budak naif yang akan sentiasa teruja dengan pemandangan-pemandangan yang bergerak pada tingkap keretapi dan snek-snek enak daripada penjual yang berulang kali lalu di sepanjang koridor di dalam gerabak. Itu kisah dari dalam keretapi. Tetapi bagaimana pula dengan tren-tren di dalam bandar, seakan urat-urat saraf yang menyelirati jasad Lembah Klang ini? Masihkah kita mampu untuk melengahkan waktu? Mungkin...

Pengenalan Puisi

Imej
Cameo T. Alias Taib, Usman Awang, Salleh Ben Joned, Latiff Mohidin  dan lain-lain dalam Mat Som . Pengenalan Puisi Oleh Billy Collins Kusuruh mereka mengambil puisi dan halakannya ke cahaya seperti slaid warna atau merapatkan telinga ke sarangnya. Kuberkata lepaskan seekor tikus ke dalam puisi dan lihat macam mana ia berkira-kira untuk keluar, atau melangkah di dalam bilik puisi dan meraba dinding-dindingnya demi suis lampu. Kumahu mereka luncur menyeberang di permukaan puisi melambai kepada nama penyair di pantai. Tapi apa yang mahu mereka lakukan adalah mengikat puisi pada kerusi dengan tali dan mendesak daripadanya sebuah pengakuan. Mereka mula memukulnya dengan belantan untuk mencari apa yang mahu ia sampaikan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dekatilah puisi dengan kasih dan sayang. Selamat Hari Puisi Sedunia!

Kebangkitan

Imej
Kebangkitan Oleh  Roberto Bolaño Puisi menggelincir ke dalam mimpi seperti seorang penyelam di dalam tasik. Puisi, lebih berani daripada yang lain, tergelincir dan tenggelam ibarat  besi melalui tasik tak berpenghujung  seperti Loch Ness atau tragis dan keruh seperti Tasik Balaton. Ambil kiranya dari bawah: seorang penyelam tak bersalah dilitup helai-helai hasrat. Puisi menggelincir ke dalam mimpi seperti seorang penyelam yang sudah mati di mata Tuhan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Jika puisi telah menggelincir ke dalam mimpi, selamatkah kita jika tergelincir ke dalam puisi?