Wajah Teshigahara Yang Lain
THE FACE OF ANOTHER ialah filem kedua Hiroshi Teshigahara yang aku tonton sesudah Woman in the Dunes. Dan setakat ini, Teshigahara sudah jadi pembikin filem Japanese New Wave kegemaran selain Nagisa Oshima, Toshio Matsumoto dan Kaneto Shindo (walaupun baru tonton satu saja filem Shindo, Onibaba).
Di mata Teshigahara, imej-imej menjadi sureal dan sensual. Watak-wataknya seolah sudah bersedia untuk bernafas di dalam dunia berhawa kemimpiannya. Kita mungkin boleh kenal orang Jepun dalam filem-filem Oshima, Matsumoto dan Shindo. Tetapi dalam filem Teshigahara, orang Jepun hampir tidak wujud. Mereka hanya manusia yang sedang bergelut menggali identiti.
Jika Niki Junpei dalam Woman in the Dunes hanya dikelilingi pasir, Okuyama dalam filem ini pula dikelilingi rasa inferior dan orang-orang asing. Wajahnya menjadi tembok antara masyarakat dengan dirinya. Filem ini bukan sekadar Okuyama yang ingin tukar wajah untuk goda isterinya sendiri. Ia juga tentang wajah orang-orang di tanah Jepun pasca-Perang Dunia Kedua.
Ia wajah Teshigahara yang lain.
Aku mahu padamkan setiap cahaya di dunia,
atau cungkil saja mata Kemanusiaan.
-Hiroshi Teshigahara, Tanin no kao (1966)
CATATAN: Akan cari dan tonton Pitfall (1962) untuk lengkapkan 'Trilogi Identiti' Teshigahara. Dan mungkin boleh mula baca Kōbō Abe.
Ulasan
Catat Ulasan