Liuk Tubuh Dalam Dua Layar
Futej daripada Kucumbu Tubuh Indahku (2018). Kucumbu Tubuh Indahku (2018) bikinan Garin Nugroho Perjalanan mencari maskuliniti dengan seni (tari dan sinema, sekali gus buat kita) kerana Juno sejak kecil (Raditya Evandra) lagi sudah dihilangkan figura bapanya dek pembantaian 1965; dalam tidak sedar, coming-of-age ini dalam meruntuh dan membina semula apa yang dikatakan jantan (seperti yang disedarkan oleh guru tari Lengger di kampungnya tentang nama yang diambil daripada Arjuno dalam Mahabharata itu pun melambangkan kejantanan, menjadi semacam beban yang harus dibawa), meliuk-lenturkan gender dari kisah yang diadaptasi daripada hidup sebenar penari Lengger, Rianto. Kerana gender yang tidak duduk diam ini, juga kompas seksualiti yang tercari-cari arahnya, hidup Juno tidak tetap, beralih-alih dari satu kampung ke kampung yang lain. Dan peralihan ini dikembangkan dengan transformasi anak kecil ini mengenali layanan orang-orang di sekelilingnya, mengenali layanannya terhadap tubuhn...