Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Gerabak yang Menerobos Waktu

Imej
Stesen Potsdamer Platz, Berlin (2013) AKU singgah ke Kritikus Sastera tempoh hari dan sebuah entri telah mencuri perhatian aku. Wan Nor Azriq ada menyebut dalam blognya  itu bahawa manusia-manusia yang menaiki keretapi adalah mereka yang memilih untuk melengahkan waktu. Semasa kecil dahulu, sering juga aku sekeluarga pulang ke kampung (di Pulau Pinang) dengan menaiki keretapi. Ya, perjalanan lapan ke sembilan jam dari Kuala Lumpur ke Butterworth adalah suatu perjalanan yang melengah-lengahkan, dan adakalanya melelahkan. Tetapi hal ini tidaklah terlalu dirasai oleh budak naif yang akan sentiasa teruja dengan pemandangan-pemandangan yang bergerak pada tingkap keretapi dan snek-snek enak daripada penjual yang berulang kali lalu di sepanjang koridor di dalam gerabak. Itu kisah dari dalam keretapi. Tetapi bagaimana pula dengan tren-tren di dalam bandar, seakan urat-urat saraf yang menyelirati jasad Lembah Klang ini? Masihkah kita mampu untuk melengahkan waktu? Mungkin...

Pengenalan Puisi

Imej
Cameo T. Alias Taib, Usman Awang, Salleh Ben Joned, Latiff Mohidin  dan lain-lain dalam Mat Som . Pengenalan Puisi Oleh Billy Collins Kusuruh mereka mengambil puisi dan halakannya ke cahaya seperti slaid warna atau merapatkan telinga ke sarangnya. Kuberkata lepaskan seekor tikus ke dalam puisi dan lihat macam mana ia berkira-kira untuk keluar, atau melangkah di dalam bilik puisi dan meraba dinding-dindingnya demi suis lampu. Kumahu mereka luncur menyeberang di permukaan puisi melambai kepada nama penyair di pantai. Tapi apa yang mahu mereka lakukan adalah mengikat puisi pada kerusi dengan tali dan mendesak daripadanya sebuah pengakuan. Mereka mula memukulnya dengan belantan untuk mencari apa yang mahu ia sampaikan. Terjemahan Azrin Fauzi CATATAN: Dekatilah puisi dengan kasih dan sayang. Selamat Hari Puisi Sedunia!