Jurnal: Entri 29/12/2015
"Mendengar muzik, anda tidak berenang bersama arus. Arus itu adalah diri anda." AKU baru sahaja selesai membaca sebuah novel slash jurnal. Wan Nor Azriq telah memberikan diari Encik H kepada kita melalui D.U.B.L.I.N. ; memberikan dompet yang sarat dengan segala resit, catatan, tiket parkir, etc. melalui Dompet Kulit Buaya ; dan kali ini memberikan pula jurnal seorang pemuda (Azriq?) dari Alor Setar. Jika Yeats telah membuat Shakespeare tersedak di dalam kuburnya dengan sajak 'Leda and the Swan', aku tidak tahulah apa yang orang tua berdahi luas itu akan rasa tentang Soneta Roda Basikal . Bentuk 14 baris soneta kini telah menjadi 14 tahun yang padat dan jauh. Menjauh menuju Proust. Tetapi tidaklah seletih berjalan di dalam D.U.B.L.I.N. Kerana Wan Nor Azriq telah memberikan basikal untuk kita kayuh menemui watak-wataknya di Kuala Lumpur, di Alor Setar, di dalam mimpi Poe Mahadi. Mimpi Poe Mahadi. Aku lebih tertarik dengan mimpi-mimpinya berbanding ca...