Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Cerpen Avant-garde: "Bagaimana Kalau..." Atau Dialog-dialog Diam Di Dalam Mesin Penghancur Cereka

Imej
Zero & Not (1989), oleh Joseph Kosuth dan Liege (1989), oleh Franz West. BAGAIMANA kalau, kerana sudah begitu lama tidak dibangkitkan, kita mempertanya semula, “Apa yang dikatakan sebagai sebuah cerpen?” : Saya sempat berkunjung ke sebuah acara seni dan buku alternatif yang dilangsungkan di Galeri Annexe, Pasar Seni sekitar 2011 dahulu. Dan saya sempat membawa pulang senaskhah antologi cerpen dengan judul dan kulit buku yang melahirkan curiga. Juga sempat menghabiskan bacaan salah sebuah cerpen yang dipilih secara rambang ketika di dalam tren. Sebuah cerpen dengan sependek-pendek cerita tentang protagonis yang dipanggil untuk mengejar seseorang sebaik sahaja dia keluar dari panggung wayang sehinggalah dia tiba semula di luar panggung wayang lantas memanggil dirinya yang baru sahaja keluar untuk ikut sama mengejar seseorang; sebuah cerpen yang dipanjangkan pula dengan pengulangan cerita tetapi dalam gaya-gaya yang berbeza; sebuah cerpen yang mendesak untuk terus-menerus dikejar pote...