Memori, dan Bangkai Tak Tertanggung
Antara foto yang menginspirasikan Basuki Basri untuk Bangkai Tak Tertanggung . MENGARANG cerpen "Otomemoria" ( Dewan Sastera , Julai 2021 ) adalah untuk menyeni dengan memori dan kelajuan; mempertimbang jarak dan waktu dengan kematian. Mengarang cerpen ini adalah untuk saya melepasbebaskan memori. Membiarkan ia terbentuk sendiri. Bertitik-tolak daripada sebuah catan Basuki Basri berjudul Otomemoria . Saya tertarik bagaimana sekeping foto yang diberi judul Bangkai Tak Tertanggung (turut difoto oleh Basuki Basri, dan konteksnya telah saya jelaskan dalam cerpen) menjadi sebahagian daripada catan dengan bahantara campuran ini. Imej-imej industrial (dengan segala kekerasannya) berpadu dengan sapuan gestural (dengan lembut lincahnya) daripada akrilik yang bertumpang tindih ( superimpose ) pada sebahagian besar permukaan kanvas seakan-akan kitaran, seakan-akan mengilusikan kelajuan (sebagai memori yang akan dan sedang dibentuk) dan getaran yang mengelilingi dan be...