Cakap-cakap Yang Kutangkap
Metamorphosis of Narcissus (1937), oleh Salvador Dalí. SETAHUN sesudah Metaskandal : Semacam suatu tindak narsisistik untuk menurunkan kata-kata pembaca yang sempat ditangkap dalam jaringan sesawang maya maha luas. Kerana seperti Narcissus, kadangkala bayang lebih bermakna daripada gema suara Echo nol-makna. Dan kerana bayang, kelak kematian menumbuhkan bunga. Atau benarkah? *** " Metaskandal segar, mudah dibaca." via Kosmo! , 24 Januari 2018 "Aku tahu aku akan lawat-baca cerpen-cerpen di OUTRO paling kurang seribu kali." Arif Zulkifli, via Goodreads "Thankfully a young writer who has his own voice and not just a clone of Ridhwan Saidi." Hadi M. Nor, via Twitter "Saya melihat Albert Camus baharu. Cuma dalam stok cerita yang lebih simbolik. Dengan 17 bahagian cerita yang dipecahkan melalui segmen Outro, Solo dan Kaos, ia menyemarakkan lagi kegilaan serta nilai establish dalam dunia realiti." Zainal Rashid Ahmad,