Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

13 Novela 2018

Imej
KERANA kita sudah pun jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerpen, apa yang dikatakan sebuah novel; bagaimana pula dengan novela? Adakah urat cerpen yang diregang sehabis-habisnya sehingga sering sahaja berdenyut seperti sebuah novel? Daripada seleksi beragam ini - daripada yang paling pulp sehingga yang paling serius, paling falsafi; yang paling Latin Amerikana sehingga yang paling Nusantara, paling Malaysiana; yang paling konvensional sehingga yang paling eksperimental; dulu-dulu sehingga kontemporari - antara yang terkesan, yang di(ulang)baca pada tahun ini: The Stranger , oleh Albert Camus Untuk tahun kedua aku mengulang bacanya: " Ibuku mati hari ini. " Siapa yang tidak terpikat untuk meneruskan pembacaan? Meursault terasing di tanah Algier (dia orang Perancis); terasing dengan emosi (dia tidak menangis atau berasa sedih pada hari kematian dan pengebumian ibunya); terasing dengan agama (dia tidak mempercayai tuhan); dan kerana terasing dengan norma o