Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan

Imej
Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam  Satantango (1994). MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang  hidup  di kampung ini ialah kematian itu sendiri. Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tegap apabila berdenyut dengan kematian, kadangkala hadir dengan wajah malapetaka – tulisan-tulisan László Krasznahorkai tidak terkecuali di mana malapetaka sentiasa menunggu pembaca di balik halamannya. Cuma sebelum menemuinya dalam novel  Satantango , kita dipelawa untuk menari dahulu dengan syaitan-syaitan yang menghuni perkampungan estet ini. Barangkali membuka langkah pertama dengan Futaki: “ Suatu pagi di hujung Oktober tidak berapa lama sebelum rintik pertama hujan musim ...