Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Perempuan, Isteri dan... Salad

Imej
AKU habiskan novela The Vegetarian ini sambil makan salad Caesar.  Dan apa yang boleh aku katakan, ini hidangan pertama daripada Han Kang yang aku jamah. Rasanya cukup serba-serbi. Tentang Reaksi Di bahagian pertama novela ('The Vegetarian'), kita melihat reaksi mereka yang lain-lain terhadap Yeong-hye. Kita nampak perubahan Yeong-hye dari mata suaminya. Kita nampak perubahan perempuan biasa ini (seperti kata suaminya, Mr. Cheong pada ayat pertama di halaman pertama lagi, “I’d always thought of her as completely unremarkable in every way.” ) perlahan-lahan menjadi luar biasa. Segala-galanya bermula saat watak protagonis kita ini mahu menjadi vegetarian . Atau mungkin segala-galanya bermula dari mimpi. “I had a dream.” -hanya ini yang diberitahu Yeong-hye kepada suaminya saat dia membuang semua makanan berdaging (termasuk susu dan telur!) dari dalam peti sejuk. Mimpi-mimpi grotes mengalir di dalam tidur dengan darah. Berulang-ulang. Protagonis kita sudah