URBAN
SYUKUR, kumpulan cerpen pertama saya, URBAN selamat dilancarkan tempoh hari di Kedai Fixi. URBAN di Kedai Fixi. Kredit Ucapan pelancaran oleh penulis dan soal jawab bersama Amir Muhammad. Kredit Sesi otograp. Kredit URBAN (2015) Ini ialah intro daripada saya yang dimuatkan dalam buku ini: URBAN –kadang kala ia bikin nafas kita semakin kencang. Dan ada kalanya kita hanya ‘go with the flow’ dengan sekeliling yang mencengkam. Saya fikir, naskhah ini berdiri di antara kedua-duanya. Tetapi saya juga terfikir, selain berdiri, mungkin ia juga akan bebas berlari ke mana sahaja yang ia suka. Atau mungkin tidak. Kesemua 16 cerpen dalam naskhah ini diinspirasi oleh 16 bandar di Malaysia yang mungkin telah/sedang/belum/akan dilawati oleh kita semua. Seperti warga urban yang pelbagai –atau ‘rojak’– cerita-cerita dalam kumpulan cerpen ini juga diadun sebegitu. Dan kepelbagaian ini diharap dapat memercikkan lagi (walaupun sedikit) semangat...