Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Ingin Jadi Cerpenis

MALAM sebelum aku ke Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2012 (KLAB), sebaik jarum jam mencanak pukul 11.30 malam,  Buku Fixi  telah anjur pertandingan cerpen di Facebook Fixi sempena novel Hilang . Sisi gelap diri aku mengatakan, "Kau kena sertai kontes   ini, Azrin. Kau kena sertai." Seakan dilema kerana sisi lain diri aku pula sibuk mencelah, "Alahh.. tak payah sertai. Bukan kau boleh menang pun. Lepak-lepak sudah. Esok borong buku di KLAB. Ada peluang, boleh jumpa Sufian Abas." Itu kisah 11.30 malam. Sejam lepas itu, aku hidupkan MacBook. Buka Microsoft Word. Papan kekunci diketuk rancak. Idea melompat-lompat. Aku tidak punyai masa yang lama. Pertandingan akan berakhir pukul 11.30 malam dua hari berikutnya. Bermakna aku masih ada 48 jam lagi. Dan siap! Tidak sampai sejam pun. Aku save dulu cerpen ini. Aku peram dulu. Esoknya, lepas balik dari KLAB, lepas berfoya-foya, aku edit cerpen ini sikit. Edit punya edit punya edit.  "Celaka!" ge...