Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Menjadi Mangsa

Imej
KHAMIS yang lalu (22 November 2012), 48 jam kemudian, Sebelum ini, aku telah menang dalam pertandingan cerpen Hilang di Facebook Fixi (cerpen boleh dibaca  di sini ). Syukur! Kali ini, aku menang pula dalam pertandingan cerpen Mangsa . Cerpen aku boleh dibaca  di sini . Tak nak cakap banyak (sebenarnya malas), selamat membaca! CATATAN: Novel Mangsa tulisan Gina Yap Lai Yoong boleh dibeli secara online  di sini .

Ingin Jadi Cerpenis

MALAM sebelum aku ke Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2012 (KLAB), sebaik jarum jam mencanak pukul 11.30 malam,  Buku Fixi  telah anjur pertandingan cerpen di Facebook Fixi sempena novel Hilang . Sisi gelap diri aku mengatakan, "Kau kena sertai kontes   ini, Azrin. Kau kena sertai." Seakan dilema kerana sisi lain diri aku pula sibuk mencelah, "Alahh.. tak payah sertai. Bukan kau boleh menang pun. Lepak-lepak sudah. Esok borong buku di KLAB. Ada peluang, boleh jumpa Sufian Abas." Itu kisah 11.30 malam. Sejam lepas itu, aku hidupkan MacBook. Buka Microsoft Word. Papan kekunci diketuk rancak. Idea melompat-lompat. Aku tidak punyai masa yang lama. Pertandingan akan berakhir pukul 11.30 malam dua hari berikutnya. Bermakna aku masih ada 48 jam lagi. Dan siap! Tidak sampai sejam pun. Aku save dulu cerpen ini. Aku peram dulu. Esoknya, lepas balik dari KLAB, lepas berfoya-foya, aku edit cerpen ini sikit. Edit punya edit punya edit.  "Celaka!" ge...