Apa-Apa Tentang Metaskandal

(Bebelan yang dikutip daripada akaun Twitter @RealRomanBuku sewaktu saya menjadi kurator tempohari.) Interior with Young Man Reading (1898), oleh Vilhelm Hammershøi. 1. Ramai yang tidak tahu judul asal Metaskandal ialah "Outro Kaos". Bila Sufian Abas bagitau judulnya akan diubah kepada "Metaskandal" (diambil daripada salah satu judul cerpen dalamnya), saya OK saja. 2. Dalam erti kata lain, mungkin ia boleh jadi cara untuk kita jalinkan hubungan sulit dengan fiksyen. Atau mungkin tidak. 3. Melalui Metaskandal , saya mahu teroka ruang dan bunyi dalam fiksyen. 4. Bunyi: seperti dalam cerpen "Rfingk! Rfingk! Rfingk!", saya mahukan onomatopoeia (yang selalunya menjadi 'aksesori' dalam fiksyen) kali ini all-out dan gerakkan cerita sekali gus. 5. Ruang: ada ruang dalaman, ruang luaran, ruang peribadi, ruang awam. Ada juga ruang-ruang lain yang abstrak. Ada juga heterotopia . 6. Seperti cerpen "Kalau Bukan Fuko, Sia...