Eva, Keretapi dan Sebagainya
Cerpen "Eva, dan Sehiris Malam yang Melukakan" yang terbit dalam Dewan Sastera Bil. 4 2018. DALAM ruangan Kritikan Cerpen Dewan Sastera Bil. 5 2018, "Tentang Kehidupan, Kepercayaan dan Kebenaran" Hafizah Iszahanid ada menyatakan: " Meskipun tidak mengangkat kehidupan atau kepercayaan seorang wartawan, tetapi Azrin melalui naskhah ini merakamkan ketidaktentuan emosi watak yang ditampilkan sebagai seorang pengarang. Jika Azriq menjelaskan perjalanan dengan kereta api pada satu fragmen sahaja*, Azrin pula memilih kereta api sebagai latar tempat dalam keseluruhan karyanya. Secara jelas, cerpen ini tentang perjalanan atau simbol seluruh perjalanan hidup. Cerpen ini terpecah dua, antara watak Aku, seorang pengarang yang mencari Eva dan catatan-catatan yang berakhir dengan nama Eva. Aku ialah pengarang yang tidak tahu bagaimana ingin mempersembahkan karyanya. Simbol muka taip amat menarik untuk diperhatikan selain perkaitan dengan karya penulis klasik Jep...