Filem Lenyap Ditelan Rimba
The Blank Signature (1965), oleh René Magritte. AKU beritahu mereka yang aku sudah ter tonton Dukun di Facebook. Dan aku menyukai filem sulung Dain Said ini (walaupun benar filem ini tidaklah sebaik Bunohan ). Ia masih berlegar-legar di sekitar bayang-bayang mistikal Nusantara. Johan Radzi kata Dain Said memang suka betul bermain dengan hal-hal mistikal Melayu ini; main puteri dalam Bunohan, ritual puak Tinggang dalam Interchange (dan ilmu hitam dalam Dukun ). Aku menyetujuinya. Ia sesuatu yang dekat dengan kita tetapi terlalu jauh dari pemahaman (berapa ramai yang mahu memahaminya? Atau berani untuk mendepaninya?). *** Sehinggalah Ali Aiman beritahu ada sebuah filem lama era studio tentang Borneo. Johan juga pernah terdengar akan kewujudannya. Tetapi mereka tidak mengingati judulnya. *** Malam semalam, sewaktu membelek Memoir Hamzah Hussin untuk rujukan artikel filem yang sedang ditulis, aku fikir aku telah menemui filem yang dimaksudkan oleh Ali d...