Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Szago, dan Peta Yang Terpadam

Imej
SZAGO mungkin mula timbul di atas peta sewaktu berkunjung ke rumah Prof. Muhammad Haji Salleh bersama dengan Wan Nor Azriq, Ainunl Muaiyanah dan Johan Radzi beberapa bulan yang lalu. Aku berpeluang untuk berjumpa-bual dengan Lidia, seorang budayawan dari Jerman (yang kebetulan sedang menumpang di rumah Prof. waktu itu sebelum meneruskan penerbangan pulangnya ke Köln). Lidia ada menyebut perihal bahagian-bahagian dalam Hikayat Panji Semirang yang disukainya -atas percikan romantisisme yang kuat. Hikayat Panji Semirang ialah naskhah klasik yang paling aku gemar, telah dibaca berulang kali, dan entah kenapa telah ditinggalkan beberapa tahun yang lalu. Mendengarkan Lidia menyebut tentang naskhah ini, pulang sahaja ke rumah hari itu, terus aku geledah-cari buku ini kembali.
Kemudian muncul tulisan Azriq dalam Dewan Sastera isu September 2016, Karya Fiksyen di atas Peta Imaginasi di mana Azriq menjelaskan tentang pengarang yang menjadi ahli kartografi. Ridhwan Saidi sudah menjadi kartografer…