Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Fobia: Jangan Takut

Imej
NAK dipendekkan cerita, aku telah menghantar sebuah cerpen kepada sebuah rumah penerbitan yang baru bertapak. Dan cerpen aku itu telah terpilih untuk dimuatkan ke dalam kumpulan cerpen mereka yang pertama, FOBIA.

"Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?
Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.
Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?"
Jika anda seorang yang mempunyai kuriositi liar yang membuak-buak, sudah tentu anda ingin mengetahui isi kandungan kumpulan cerpen ini, bukan? Dan mungkin juga anda ingin membaca petikan daripada setiap cerpen, kan? Jangan takut-takut untuk baca di sini.
Buku ini akan dilancarkan di acara Art For Grabs pada 29 September 201…

Sesudah Dajjal

Imej
SESUDAH Dajjal Sebuah Antologi, satu lagi antologi cerpen bakal menyusul. Dan kali ini, temanya, "yakjuj". Ah, sudah! Apa yang akan aku tulis pula kali ni?! Watak "serigala" dan "gadis berambut oren" masih lagi berlegar-legar dalam kepala. Aku rasa kali ini aku nak tulis sesuatu yang lain... sedikit.
Maka terhasillah,
Fragmen Faridah!!!

Barisan cerpen dan penulis yang bersekongkol dalam "mencipta" Yakjuj ini,
FRAGMEN FARIDAH Azrin Fauzi
SELAMAT TINGGAL DUNIA Mohd Azmen
GOG Salleh Razak
FREDDY DAN GOLAK PRA, SEMASA, DAN PASCA-CIPTA Syahmi Fadzil
BUNGA KUACI Asyraf Bakti
FIKSYEN SITWENTYTHREE Pitri Al-Fateh Zainon
KARMA ANKER Syafie Mahyani
AKU, LISA DAN SECAWAN KOPI Ariff Masrom
MISTERI GIGITAN ABADI Amir Azmi
GADIS BILLBOARD SOS BAWANG Aloy Paradoks 
Buku terbitan SeLUT Press ini (sekali lagi disunting oleh Aloy Paradoks) akan dilancarkan di acara Art For Grabs di Annexe Gallery, Central Market pada 29 September 2013 ini (Boleh rujuk di sini). Untuk pembaca-p…