Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Bunga Api

di penghujung malam itu
kaubawa sejambak bunga kertas
yang segar kaucuri-cantas kumenduga: Untuk siapa? kauberkata: Sengaja. Suka-suka.
dinyala pemetik api penuh manja dibakar satu persatu kelopak rasa sejambak bunga kertas merah menyala, panas
antara bunga dan api kaulambung tinggi-tinggi kaulaung separuh mati: Bougainvillea!         Bougainvillea! aku membatu, tidak mengerti kauberkata: Itulah bunga api.
Azrin Fauzi 1 Januari 2013
CATATAN: Selamat menyambut tahun baru.